Adakah Ivan Mamut Bakal Cipta Kemunculan 2025 Hadapi JDT?

Adakah penyerang berbisa Terengganu iaitu Ivan Mamut kembali bersedia sepenuhnya untuk dibawa turut pasukan itu menghadapi aksi seterusnya di pentas Liga Malaysia (Liga M)?

Mungkin itu persoalan yang terus bermain di fikiran peminat Sang Penyu setelah tonggak dari Croatia itu kembali menyertai pasukan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Umum mengetahui Mamut terpaksa melupakan sebahagian besar musim ini untuk beraksi di atas padang bersama Terengganu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas beliau dihimpit akan isu kecederaan.

Tanpa Mamut, jentera serangan Terengganu tampil sedikit goyah daripada segi kualiti penyudah walaupun mereka memiliki beberapa lagi tonggak lain seperti Ismaheel Akinade, Nnabuike Chukwu, serta Nelson Bonilla.

Penantian peminat nampaknya untuk melihat kembali Mamut bersama Terengganu sudah berakhir apabila beliau sudah pun tiba dan diumumkan secara rasmi beberapa hari lalu oleh laman pasukan tersebut.

Walaupun begitu, belum ada sebarang pengesahan lebih lanjut jika Mamut sebenarnya bakal dibawa turun atau tidak pada aksi terdekat bersama kelab berkenaan.

Ini kerana Terengganu bakal menghadapi perlawanan separuh akhir pertama mereka di pentas Piala Malaysia pada 17 Januari ini dengan berdepan cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT).

Jelas Mamut, beliau sendiri tidak pasti jika akan dibawa turun atau tidak pada perlawanan tersebut dengan dirinya menyerahkan segala keputusan kepada kejurulatihan kelab.

“Saya tidak pasti lagi sama ada dapat beraksi ataupun sebaliknya pada Jumaat ini berdepan JDT kerana baharu sembuh daripada kecederaan.

“Lagipun saya perlu menjalani latihan terlebih dahulu bersama rakan sepasukan memandangkan hampir setahun tidak berlatih bersama mereka.

“Kemungkinan besar pada bulan depan (Februari) saya mungkin baharu boleh beraksi sepenuhnya, apa-apapun saya serahkan kepada barisan kejurulatihan untuk menentukannya,” kata Mamut menerusi laporan Harian Metro.

Musim lalu menyaksikan Mamut telah menampilkan kualiti permainan cukup menarik terutama sekali menerusi jumlah jaringan beliau buat Terengganu di pentas domestik serta Asia.

Rekod menyaksikan Mamut sudah meledak 23 gol bersama 1 bantuan jaringan daripada 35 penampilan secara keseluruhan termasuk di pentas AFC.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN