Adakah Ini Jersi Baharu Liverpool Keluaran Nike?

Liverpool

Menjelang musim baharu, ianya adalah satu perkara biasa apabila banyak gambar-gambar bocor mengenai jersi baharu pasukan-pasukan utama dunia.

Walaupun musim 2019/2020 di Eropah secara teknikalnya masih belum tamat, ia tidak menghalang untuk spekulasi untuk jersi musim 2020/2021 dari terus tersebar di media sosial.

Terkini, spekulasi semakin kuat mengenai jersi pertama (home) untuk pasukan Premier League, Liverpool yang kini semakin tular di media sosial.

Liverpool yang menjalinkan kerjasama Nike dengan rekod perjanjian yang cukup besar menarik perhatian ramai dengan potensi bagaimanakah jersi mereka hasil keluaran pengeluar yang sama dengan Chelsea dan juga Barcelona itu?

Nampak gayanya, ianya kelihatan bakal menerima reaksi positif penyokong Liverpool sendiri.

Beberapa gambar telah tular menyaksikan jersi pertama Liverpool menggunakan warna merah dengan terdapat warna putih dan hijau di kolar dan penghujung lengan.

Nike dilihat masih mengekalkan logo kontemporari Liverpool seperti mana yang selalu digunakan oleh New Balance dalam jersi-jersi mereka.

Pada yang kurang pasti, warna hijau itu digunakan bersempena dengan warga pagar Shankly Gate yang berwarna hijau di dalam logo sebenar Liverpool.

Reaksi yang diterima adalah seandainya jersi tersebut menjadi rasmi buat Liverpool pada musim hadapan.

Rata-ratanya mengecam penggunaan heat press untuk logo Liverpool pada jersi tersebut.

Malah ada juga yang mengharapkan Nike sebenarnya melakukan dengan lebih baik berbanding apa yang ditular ketika ini.

https://twitter.com/samp1972/status/1255078361677926400

Sebelum ini, rekaan jersi ini telah pun tular namun apabila gambar-gambar yang lebih jelas dipersembahkan, ia menjadikan spekulasi itu semakin kuat.

Jadi, apa pendapat anda mengenai jersi tersebut?

Baca juga artikel kami mengenai Liverpool:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN