Terengganu FC menjadi pasukan Liga Malaysia (Liga-M) terbaharu yang mengesahkan kemasukan pemain import dengan ketibaan pemain kelahiran Australia, Chris Herd yang juga bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa.
Sebelum ini Selangor FC juga telah mengumumkan ketibaan pemain pertahanan dari Jerman, Tim Heubach yang mempunyai pengalaman beraksi di saingan Bundesliga bersama Borussia Monchengladbach.
Johor Darul Ta’zim (JDT) pula dikhabarkan akan mengikat penyerang skuad kebangsaan Uruguay, Diego Rolan yang pernah beraksi untuk pasukan Ligue 1, Bordeaux dan kelab La Liga, Malaga.
#SIF | Rival Watch: Striker Timnas 🇺🇾 Uruguay, Diego Rolan (27th) menuju 🇲🇾 JDT. Eks Malaga ini akan menjadi pemain termahal (€3 M) dalam sejarah Liga Malaysia dan Asia Tenggara 🤯 jika transfer ini terealisasi. Rolan saat ini bermain di Liga Mexico bersama FC Juarez. pic.twitter.com/5I5UNoMERT
— Sepakbola Indonesia Fansbook (@garudafansbook) December 2, 2020
Semua perkembangan ini menunjukkan bahawa pemain-pemain import yang pernah beraksi di peringkat tertinggi di liga-liga utama Eropah kini bersedia untuk beraksi di Malaysia.
Apakah faktor-faktor yang mendorong mereka untuk meneruskan karier mereka di sini?
Jika difikirkan mengenai gaji yang mampu ditawarkan oleh pasukan Liga Malaysia (Liga-M), pastinya ia tidak setera untuk dibandingkan dengan gaji yang pernah mereka perolehi ketika bersama kelab-kelab Eropah yang pernah mereka wakili sebelum ini.
Rummenigge on the challenges for 2021:
''Those are the same for football as other sectors, Covid-19 and the consequences of this pandemic. The financial damage is huge, but it hurts even more that our fans can't come to the stadium. I hope we will have a solution soon.''
[FCB] pic.twitter.com/VOM66NTJkx— Bavarian Tweets (@BavarianTweets) December 28, 2020
Maka timbul persoalan, adakah krisis pandemik COVID-19 yang melanda telah memberi impak yang cukup besar terhadap kewangan sebahagian besar pasukan bola sepak di seluruh dunia telah menyebabkan pemain-pemain tidak memilih untuk beraksi dengan mana-mana pasukan?
Kebanyakan liga di luar negara kini berdepan dengan masa depan yang tidak menentu, malah ada beberapa pasukan yang telah pun mengambil keputusan untuk ‘tutup kedai’ kerana tidak lagi mampu untuk meneruskan operasi pasukan.
Sebaliknya Liga-M telah dijadualkan akan diteruskan seperti biasa pada tahun ini dan majoriti pasukan yang telah melengkapkan proses penswastaan kelab kini mempunyai sumber kewangan yang dikatakan mampu untuk menampung perbelanjaan sehingga akhir musim.
'Mereka Tak Tahu Taktikal', Kata Bekas Pemain Import Kelantan, Morgaro Gomis https://t.co/VyAb6Ik0JD pic.twitter.com/Dbui2ghk5R
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 29, 2020
Tidak mustahil perkembangan ini telah menjadi faktor tarikan kepada pemain-pemain import menjadikan Malaysia sebagai pilihan untuk mereka meneruskan karier tanpa memikirkan soal gaji yang lumayan.
Oleh yang demikian, semua pasukan Liga-M seharusnya memulakan usaha untuk memastikan mereka membawa masuk pemain-pemain import yang benar-benar berkualiti dan terbukti kewibawaannya untuk beraksi bersama pasukan.
Beberapa tahun sebelum ini, liga di negara kita pernah berdepan dengan isu pemain import tidak berkualiti yang sebahagiannya diambil dan ditawarkan dengan gaji yang tinggi tanpa mengetahui kemampuan mereka yang sebenar.
Ada yang disingkirkan selepas beraksi hanya beberapa perlawanan kerana prestasi yang tidak mencapai tahap yang dimahukan dan ada juga yang sebenarnya telah mengalami kecederaan sekadar menjadikan pasukan Liga-M sebagai tempat untuk ‘berehat’.
Liga Belum Pun Bermula Tetapi Pemain Import Terengganu Sudah Cedera – https://t.co/OrlRa2w8Xo pic.twitter.com/ClZPFZXxqP
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 21, 2018
Diharapkan dengan kehadiran pemain-pemain import yang berkualiti di negara ini dapat membantu perkembangan bola sepak negara kita.
Kredit Foto: Selangor FC & Terengganu FC
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:
5 Kelebihan Ryuji Utomo Yang Boleh Bantu Penang FC Di Liga Super
Penjaga Gol Ke-4 Terbaik Liga Super, Bryan See Tekad Cabar Slot Utama Penang FC
Kata-Kata Bekas Rakan Sepasukan Tunjukkan Kepentingan Natxo Insa Di Levante