Adakah Haaland Cebisan ‘Puzzle’ Terakhir Manchester City Untuk Julang Champions League?

Manchester City Erling Haaland

Erling Haaland terus menyerlah ketika mencatat hatrik untuk membantu Manchester City bangkit ketinggalan dua gol sebelum menang 4-2 ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad

Enam gol daripada empat perlawanan sejak tiba dari Borussia Dortmund pada awal musim ini, ia jelas membuktikan bahawa penyerang kebangsaan Norway ini mampu mencipta impak walau di mana sahaja beliau beraksi.

161 gol daripada 191 penampilan untuk kelab dan pasukan negara dan hatrik ke-13 sepanjang kariernya merupakan satu statistik yang membuktikan bahawa pemain berusia 22 tahun ini merupakan penyerang terbaik di dunia pada era ini.

Namun Haaland perlu sedar tentang matlamat utama Pep Guardiola mendapatkannya. Apa lagi kalau bukan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang diidam-idamkan oleh penyokong The Citizen sejak sedekad yang lalu.

Untuk Rekod, City pernah tiga kali mara suku akhir dan sekali separuh akhir dan dikecewakan dalam aksi final kira-kira dua tahun yang lalu.

Ketajaman Haaland di depan gol telah pun terbukti menjadi kunci kepada konsistensi City adalah aksi EPL musim ini. Kualiti fizikal, kelajuan, sentuhan dan pergerakannya ternyata mampu memberi masalah kepada barisan pertahanan lawan.

“Sebagai seorang penyerang, beliau cukup luar biasa,” ujar Guardiola ketika sidang media selepas perlawanan.

“Walaupun dalam pergerakan tanpa bola, dia sentiasa tahu untuk letakkan dirinya di mana. Kita boleh tengok di mana kedudukannya ketika mendapat bola dari John Stones. Naluri penyerang ada pada dirinya.”

“Gol ketiganya pula kita boleh tengok sebaik sahaja dia menerima bola, dia menggunakan badannya (untuk mengatasi pertahanan) dan menyumbat bola ke dalam gawang sehingga penjaga gol tidak boleh berbuat apa-apa.

“Erling dah lakukan perkara ini sepanjang hidupnya, dia boleh menjaringkan gol di mana-mana sahaja.”

Ketibaan Haaland membolehkan Guardiola kembali menggunakan sistem yang memberikan keutamaan kepada penyerang tengah klasik yang tiada dalam skuad City ketika mereka menjuarai liga pada musim lalu.

Setelah sekian lama menanti, mungkin Haaland akan menjadi cebisan puzzle terakhir yang diperlukan dan boleh berkira-kira untuk mendapatkan 30 hingga 40 gol dari seorang penyerang sahaja.

Dalam sejarah EPL, hanya lapan orang penyerang sahaja yang mampu menjaringkan lebih 30 gol dalam musim tunggal – Andy Cole, Alan Shearer (tiga kali), Kevin Phillips, Thierry Henry, Cristiano Ronaldo, Robin van Persie, Luis Suarez dan Mohamed Salah.

Dengan memiliki Haaland dan kualiti pemain berkualiti di setiap posisi, mungkin tiada alasan lagi buat Guardiola untuk gagal membawa pulang trofi UCL ke Stadium Etihad.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN