Adakah Gandingan Werner, Ziyech, Abraham Boleh Berjaya Di Chelsea?

Werner Ziyech Abraham Chelsea

Frank Lampard mungkin menjadi orang yang paling gembira apabila Chelsea berjaya memuktamadkan proses pembelian Timo Werner dari RB Leipzig yang akan menjadi ‘senjata’ baharu bagi memantapkan lagi barisan serangan pasukannya.

Kehadiran penyerang Jerman itu melengkapkan gandingan bersama dua pemain lain iaitu penyerang sedia ada, Tammy Abraham serta pemain baharu dari Ajax, Hakim Ziyech yang sudah pun dibeli pada awal tahun ini dan akan menyertai Chelsea tidak lama lagi.

Reputasi Timo Werner sebagai salah seorang penyerang terbaik di Eropah dibuktikan dengan statistik 93 gol dan 40 bantuan jaringannya dalam 157 perlawanan sepanjang empat tahun bersama Leipzig.

https://twitter.com/_CFCLiam/status/1270010351489351680?s=20

Musim ini sahaja, penyerang berusia 24 tahun itu telah menjaringkan 32 gol dalam 43 penampilan di mana beliau masih berpeluang untuk menambahnya apabila beraksi dalam dua lagi baki perlawanan Bundesliga sebelum menyertai rakan sepasukan baharunya di London pada Julai ini.

Hakim Ziyech pula telah melengkapkan perpindahan ke Chelsea bermula awal bulan depan selepas pembeliannya dimuktamadkan pada Februari.

Dengan dua pemain sayap, Willian dan Pedro bersedia untuk meninggalkan pasukan sebaik sahaja kontrak mereka tamat pada 31 Jun ini, Lampard dan Chelsea sudah pun berjaya mendapatkan pengganti yang dirasakan mampu mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan.

Dengan Werner dijangka akan memainkan peranan di bahagian sayap kiri dan Ziyech pula di bahagian kanan, Tammy Abraham diyakini akan terus diberi kepercayaan sebagai pengempur utama pasukan.

Kepercayaan yang diberikan Lampard kepada penyerang England itu terbalas dengan 15 gol yang dijaringkan pada musim ini ini selepas beberapa kali dipinjamkan ke kelab lain pada musim-musim lepas.

Werner yang mempunyai rekod jaringan yang cukup memberangsangkan bersama pasukannya sebelum ini, sementara rekod bantuan jaringan yang cukup baik sepanjang empat tahun kariernya di Belanda.

Gandingan tiga pemain itu diharapkan dapat membentuk barisan serangan Chelsea yang tajam di mana setiap pemain mampu menjadi peledak yang berbisa dan pembantu yang baik di hadapan gol.

Disamping Werner, Ziyech dan Abraham, Chelsea juga ada Callum Hudson-Odoi dan Christian Pulisic yang boleh menjadi sandaran pasukan sekiranya diperlukan. Malah Lampard juga masih ada Olivier Giroud dan Michy Batshuayi untuk digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan. 

Sekiranya mereka berjaya mendapatkan dua lagi sasaran utama mereka iaitu Kai Havertz di bahagian tengah dan Ben Chilwell di posisi pertahanan,  Chelsea pastinya akan menjadi pencabar kejuaraan yang perlu diberi perhatian oleh semua pasukan. 

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN