Adakah FIFA Bakal Ambil Tindakan Kepada FAM?

Persoalan kini timbul dalam kalangan peminat bola sepak tempatan jika Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) cakna akan pelbagai isu kini yang sedang dihadapi dalam dunia bola sepak di Malaysia.

Saingan liga bola sepak di Malaysia kini boleh dianggap cukup parah setelah banyak pasukan mula mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan tunggakan gaji turut berlaku kepada para pemain.

Isu tunggakan gaji dalam kalangan pemain di pentas saingan Liga Malaysia (Liga M) bukan lagi sesuatu yang baharu kerana iansudah berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Jika diimbas pada suatu ketika, Melaka United dan Sarawak antara pasukan yang memiliki isu kewangan cukup meruncing suatu ketika sebelum ianya turut membabitkan kelab lain.

Musim lalu, Kelantan The Red Warriors (TRW) tampil selaku antara kelab paling mengejutkan daripada segi isu tunggakan gaji sehingga pelbagai kisah serta pendedahan menyayat hati dikeluarkan oleh para pemain.

Kisah lain tahun lalu menyaksikan Kedah dan Negeri Sembilan antara turut terpalit dengan isu tunggakan gaji dan musim ini Sang Kenari dilaporkan terus dihantui isu tersebut.

Paulo Josue: “Kali Terakhir Saya Dibayar Pada Disember Tahun Lalu”

Cerita sebegini bukan sesuatu yang baik dan normal untuk ‘ditelan’ penyokong bola sepak tempatan selain kerisauan turut bermain di fikiran jika FIFA bakal mengambil tindakan.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan iaitu Datuk Dr Pekan Ramli, beliau melihat FAM miliki potensi untuk berdepan hukuman daripada FIFA.

Menurut Pekan, FAM bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu cakna serta menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin demi mengelak akan tindakan mampu diambil oleh FIFA.

“Keadaan Liga M semakin buruk dan ia membimbangkan. Melainkan tindakan segera dan tegas diambil oleh pihak berkepentingan dalam liga dan FAM. Kita berisiko berdepan sekatan daripada FIFA susulan masalah pembayaran gaji tidak dapat diselesaikan.

“Krisis ini juga menjejaskan keupayaan kita untuk menarik pemain asing pada musim akan datang yang mana memberi impak kepada pasukan seperti Johor Darul Ta’zim, Terengganu dan Selangor.

“Walaupun pasukan itu tidak terbabit dengan masalah berkenaan, tetapi masih berisiko menerima tempias kerana reputasi liga yang tercalar,” kata Pekan menerusi laporan Berita Harian.

Isu terbaharu pastinya membabitkan pendedahan daripada tonggak Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Paulo Josue yang masih belum menerima sebarang pembayaran gaji selepas tujuh bulan bersama pasukan berkenaan.

Semoga, kelemahan setiap kelab daripada segi pengurusan kewangan serta FAM bersama MFL sendiri mampu menyelesaikan segala isu tersebut demi kelestarian Liga M untuk terus berkembang maju pada masa hadapan.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN