Kedah Darul Aman (Kedah) bakal menghadapi aksi getir malam esok di laman sendiri iaitu Stadium Darul Aman (SDA) bagi perlawanan seterusnya untuk saingan Liga Super musim 2023.
Lawan Kedah seterusnya merupakan pendahulu Liga Super kini iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan ianya dianggap suatu cabaran besar buat skuad kendalian Nafuzi Zain untuk menghadapi mereka buat kali kedua musim ini.
🔰 MATCHDAY 🔰
Pulun Kedah Pulun! 🔥
🏆 LS 21 | Liga Super 2023
🆚 Johor Darul Ta'zim
📆 26 Ogos 2023, Sabtu
🕖 9.00 malam
🏟️ Stadium Darul Aman📡 LIVE Astro 803 & Astro GO pic.twitter.com/bEXBRWWMkA
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 26, 2023
Apa tidaknya, rekod lalu menyaksikan Kedah mencatat kekalahan terbesar musim ini di tangan JDT ketika aksi berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bersama aksi cukup tidak menyakinkan.
Walaupun hadir dengan beberapa perubahan dalam kalangan pemain musim ini, Kedah gagal untuk merekodkan sebarang percubaan berbahaya ketika perlawanan pertama lalu untuk memberi ancaman buat JDT.
Malah, mereka pula dibolosi dengan begitu teruk terutama sekali pada aksi separuh masa kedua sehingga mendapat kritikan besar daripada para penyokong Sang Kenari yang kecewa akan momentum ditampilkan Kedah.
Untuk aksi malam ini, pastinya Nafuzi Zain enggan melihat Kedah terus dihantui episod lalu dengan persediaan rapi pastinya dibuat untuk merantai barisan pertahanan JDT.
Momentum semasa JDT kini juga boleh dianggap sangat cemerlang, selepas kejayaan mereka merekodkan sejarah 10 gol dalam satu perlawanan sewaktu berdepan Kelantan di laman sendiri lalu.
Tidak seperti aksi pertama ketika bertemu Kedah lalu, kali ini mereka hadir dengan dua senjata baharu yang sudah pun membuktikan ketajaman tersendiri iaitu Heberty Fernandes serta Takahiro Kunimoto.
Kedua pemain import baharu JDT ini tidak memerlukan masa yang lama selepas ketajaman mereka sudah pun terbukti sejak beberapa aksi lalu.
Kedah yang kini dalam momentum terbaik untuk mencongak peluang di tangga kedua Liga Super, pastinya tidak rela untuk keciciran mata atau dibolosi dengan sejumlah besar jaringan daripada pelawat.
Walaupun berkelebihan beraksi di laman sendiri, jurang kualiti dimiliki oleh pasukan lawan boleh dianggap sangat berbeza dan berada dalam kelas tersendiri untuk dihadapi Sang Kenari.
Apapun, ianya bakal menjadi suatu perlawanan menghiburkan jika Nafuzi mampu mengarahkan para pemain kendaliannya untjk sekurang-kurangnya mengimbangi pasukan lawan di bahagian tengah.
📷 Sesi latihan di Stadium Darul Aman. Esok, battle on!
🏆 LS 21 | Liga Super 2023
🆚 Johor Darul Ta'zim
📆 26 Ogos 2023, Sabtu
🕖 9.00 malam
🏟️ Stadium Darul Aman
📡 LIVE Astro 803 & Astro GO
TIKET ONLINE::https://t.co/wTcsHW5WSB pic.twitter.com/CiBXNbJINE— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 25, 2023
Pemain seperti Amirbek Juraboev, Manuel Ott, serta Manuel Hidalgo dijangka akan diletakkan dalam senarai utama untuk cuba mengimbangi kekuatan tengah lawan sambil memberi sentuhan kreativiti kepada Ifedayo Olusegun bagi mendapatkan jaringan.
Fokus utama di posisi pertahanan pastinya terarah kepada gandingan membabitkan Akmal Zahir bersama Bojan Ciger untuk menyerap segala tekanan bakal diberikan oleh pelawat.