Adakah E. Elavarasan Perlu ‘Berguru’ Kembali Bersama Kim Pan-gon?

Ketika ini, pengendali skuad bawah 23 (B-23) negara iaitu E. Elavarasan menjadi antara tumpuan utama para penyokong bola sepak tempatan selepas pasukan kendaliannya tampil hambar pada aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024 lalu di Chonburi, Thailand.

Nama pengendali tersebut mula menjadi kritikan ramai pemerhati bola sepak serta penyokong fanatik Harimau Malaya, sejak beliau ditugaskan untuk memimpin skuad B-23 negara kerana keputusan dihasilkan dalam setiap saingan disertai tidak begitu memuaskan.

Kenapa E. Elavarasan Wajar Diberi Peluang Bersama Skuad B-23 Negara?

Malah, Malaysia juga gagal untuk memungut sebarang pingat musim ini dalam Sukan SEA bawah kendalian Elavarasan selain tidak memenuhi sasaran diletakkan untuk kejohanan Piala AFF lalu di Rayong, Thailand.

Untuk aksi kelayakan Piala Asia B-23 ini, Elavarasan berjaya memacu Malaysia untuk mendapatkan salah satu slot penting dengan begitu dramatik selepas mencatat kekalahan sebelum itu di tangan Thailand bagi aksi terakhir peringkat Kumpulan H.

Walaupun dibarisi oleh ramai pemain muda tempatan menyakinkan, daripada segi corak permainan ditampilkan pasukan itu jelas masih lagi mempunyai kelemahan ketara untuk diatasi lawan.

Itu menyebabkan segelintir besar penyokong bola sepak negara tampil dengan kritikan keras di media sosial kerana tidak berpuas hati dengan cara kendalian dibawa oleh Elavarasan kepada pasukan negara.

Ketika ini timbul persoalan tentang masa depan pengendali tersebut jika perlu dikekalkan bersama pasukan B-23 negara atau mungkin sentuhan daripada jurulatih baharu perlu dibawa oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut pengamatan Semuanya BOLA, mungkin Elavarasan kini perlu bersama Kim Pan-gon kembali berganding bahu untuk skuad senior kebangsaan bagi mematangkan lagi ilmu kejurulatihan pengendali tersebut.

Ini kerana falsafah permainan yang ditampilkan oleh Elavarasan bersama pasukan B-23 jelas tidak selari dengan apa diterjemahkan oleh Kim untuk kem senior negara walaupun dibarisi oleh barisan pemain sama beraksi untuk kedua pasukan kebangsaan.

Maka, adalah lebih baik kini jika peluang terus diberikan kepada Elavarasan pada masa akan datang dengan syarat kini, beliau perlu kembali bersama Kim untuk menyelaraskan kembali pemahaman falsafah bola sepak buat Harimau Malaya.

Pada masa sama, mungkin peluang seketika perlu diberikan buat Kim untuk turut menjadi pengendali sementara skuad B-23 negara sama seperti yang dilakukan oleh Indonesia serta Vietnam sebelum itu.

RASMI: E. Elavarasan Dilantik Jadi Pengendali Skuad B-23 Malaysia

Misalnya, Indonesia telah pun membuktikan cara sebegitu sangat berkesan selepas pengendali mereka iaitu Shin Tae-yong telah mengendalikan kedua peringkat usia untuk skuad kebangsaan mereka tanpa mengganggu sebarang falsafah permainan diterapkan.

Apapun, kini ianya terserah buat FAM untuk menentukan segalanya dengan ketika ini berkemungkinan juga jurulatih baharu mungkin dalam perancangan mereka bagi menggantikan khidmat Elavarasan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN