Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai 27 orang pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 1 secara kuarantin selama sembilan hari di Petaling Jaya dari 30 Ogos sehingga 7 September.
Panggilan itu merupakan persiapan awal menjelang saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober 2021.
27 pemain ini dikatakan dipanggil untuk fasa 1 di mana majoriti daripadanya merupakan pemain dari pasukan-pasukan Liga Premier. Ini kerana saingan liga divisyen dua itu sedang berehat seketika sepanjang jendela perlawanan antarabangsa FIFA.
Senarai 27 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Fasa 1 Skuad B-20 Kebangsaan Dari 30 Ogos Hingga 7 September 2021
Ia sebagai persiapan awal menjelang Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, 27 hingga 31 Oktober 2021.
Baca penuh di https://t.co/hiJE0eAGKF#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/rMF4y7i67j
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 25, 2021
Untuk pemain yang beraksi dalam saingan Liga Super, FAM akan mengeluarkan senarai baharu untuk latihan fasa 2 yang dijadual pada 19 September iaitu sehari selepas berakhirnya saingan Liga Super.
Turut akan dipanggil untuk latihan fasa 2 itu adalah pemain yang sedang berkelana di luar negara seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Wan Kuzri Wan Kamal.
Namun berdasarkan senarai 27 pemain yang dikatakan dipanggil oleh ketua jurulatih skuad bola sepak B-20 kebangsaan, Brad Maloney ini , didapati tiada langsung pemain daripada Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).
Menurut ciapan Youth Football Malaysia, di AMD kini terdapat sekurang-kurangnya empat orang pemain yang seharusnya diberi perhatian iaitu Alif Izwan, Adam Farhan, Adam Daniel, Alif Farhan yang merupakan penyandang juara kejohanan AFF B-15.
Keputusan utk memanggil Amir Faruk (yg lahir 2004) pemain B18 Chipstead FC bermakna beliau lebih berpotensi berbanding semua pemain skuad B17 kebangsaan yg merupakan penyandang juara AFF B15 seperti Alif Izwan, Adam Farhan, Adam Daniel, Alif Farhan dll
Keputusan yg agak 🤔🤔🤔 https://t.co/FNxlAZeH53 pic.twitter.com/jgbbgePatw
— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) August 25, 2021
Walaupun pelatih-pelatih ini tidak didedahkan dengan perlawanan kompetitif, tetapi sejak awal tahun lagi mereka semua sudah berada di latihan mereka di Gambang untuk menjalani latihan secara kem berpusat
Sebagai ganti kepada perlawanan kompetitif yang tidak dapat dijalankan disebabkan pandemik, mereka didedahkan dengan perlawanan dalaman (sparring match) seperti AMD Challenge Cup dan lain-lain.
Disclaimer: Pelatih-pelatih dan Jurulatih-jurulatih di AMD telah menjalani “Camp Based Training” sejak bulan Mei 2021 di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD). pic.twitter.com/Sn92Z3lEqM
— NFDP Official (@NFDPOfficial) July 23, 2021
Jika FAM beranggapan pemain-pemain dari AMD berusia 17 tahun ini terlalu muda dan ‘mentah’, dalam senarai 27 pemain yang dipanggil itu terdapat seorang pemain dengan usia yang sama iaitu Mohamed Amir Mohamed Faruk.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, pemain ini beraksi untuk Chipstead FC, iaitu sebuah pasukan semi-profesional yang beraksi di Liga Istmian Divisyen Selatan Tengah, iaitu liga divisyen ke-8 dalam sistem liga bola sepak England.
Maka timbul persoalan, adakah pada pandangan FAM pemain-pemain yang dibentuk, diasuh dan dilatih di akademi elit seperti AMD ini kualitinya lebih rendah daripada pemain skuad B-18 pasukan yang sebegitu kerdil?
Persoalan seperti ini mungkin tidak timbul jika pemain yang dipanggil itu beraksi bersama skuad remaja sebuah pasukan ternama atau setidak-tidaknya mungkin divisyen kedua atau ketiga yang mungkin lebih jelas sistem pembangunannya.
Jika di situlah letaknya kedudukan pelatih AMD, mungkin kerajaan tidak perlu lagi menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menghasilkan pemain-pemain berkualiti daripada akademi terbaik negara ini.