Adakah Daniel Ting Paling Layak Isi Posisi Pertahanan Kiri Negara?

Nama Daniel Ting kini dikaitkan bakal beraksi di posisi pertahanan kiri Harimau Malaya untuk aksi pembukaan Piala Asia 2023 berdepan Jordan tidak lama lagi.

Ini kerana wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam telah pun menyatakan perkara tersebut sebelum itu di Nadi Arena dan dikongsikan menerusi saluran Youtube dengan melaporkan Corbin sudah pasti tidak akan beraksi pada aksi berdepan Jordan.

Malah, pada aksi tertutup sebelum ini yang membabitkan skuad kebangsaan bertemu Syria juga dilaporkan pertahanan kental Malaysia itu tidak beraksi dan digantikan kepada Daniel dalam kesebelasan utama.

Nama Corbin sebenarnya sudah cukup sinonim untuk pasukan kebangsaan menerusi impak besar diberikan beliau untuk situasi bertahan atau ketika Malaysia sedang mencipta serangan.

Selain memiliki stamina yang sangat tinggi sepanjang perlawanan berlangsung, Corbin juga mampu memberi tawaran cukup berkualiti bagi siri serangan Harimau Malaya menerusi hantaran lintang serta kombinasi permainan dicipta beliau bersama rakan sepasukan.

Bawah kendalian Kim Pan-gon, jelas posisi pertahanan kiri sukar untuk dicabar mana-mana pemain lain selepas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mempamerkan konsistensi sangat tinggi.

Walaupun begitu, pasukan kebangsaan perlu menerima hakikat mereka bakal terlepas untuk menggunakan khidmat Corbin pada saingan ini dengan nama Daniel diletakkan sebagai cadang utama buat skuad negara.

Persoalannya kini, adakah Daniel bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Corbin bagi berdepan aksi sulung Piala Asia 2023 bertemu Jordan tidak lama lagi?

Jika dilihat pada senarai pertahanan yang ada, hanya Daniel dianggap sebagai pemain palinb layak ketika ini untuk mengisi kekosongan tersebut menerusi prestasi semasa serta kualiti dimiliki beliau.

Untuk saingan domestik, Daniel boleh dianggap sebagai pertahanan kiri paling menyerlah selain Corbin menerusi statistik dipamerkan beliau sepanjang musim lalu bersama Sabah.

Daripada 23 penampilan beliau di peringkat domestik, pemain berusia 31 tahun itu sudah pun meledak lima gol serta satu bantuan jaringan walaupun beraksi di posisi pertahanan.

Malah pada tahun lalu Daniel juga beraksi sebanyak tiga kali buat skuad kebangsaan dengan bermula dari bangku simpanan selain meledak satu gol pada aksi menentang Papua New Guinea.

Secara keseluruhan, Daniel memang layak untuk berada dalam kesebelasan utama pada aksi ini selaku pengganti paling ideal selepas Malaysia kehilangan khidmat Corbin.

Walaupun secara dasarnya Corbin lebih menonjol di posisi tersebut, kehadiran Daniel boleh dianggap berjaya menyelesaikan seketika isu ini sebelum bintang JDT itu kembali sembuh untuk diturunkan semula dalam kesebelasan utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN