Adakah Bundesliga Akan Keluar Daripada Status ‘Liga Petani’?

Bundesliga

Saingan Bundesliga di Jerman jika dilihat merupakan antara liga yang paling berkualiti di Eropah selain Premier League, La Liga dan Serie A.

Walaupun mereka menghasilkan ramai pemain berkualiti serta jumlah pasukan yang bermain dengan bola sepak mengujakan dengan baik, mereka tidak mampu untuk memberikan hiburan yang dalam perebutan mahkota kejuaraan.

Untuk rekod, sejak beberapa musim hanya Bayern Munich sahaja yang kekal mendominasi liga hinggakan saingan domestik Jerman itu dianggap sebagai ‘liga petani’ selain Ligue 1 di Perancis.

Akan tetapi, adakah situasi tersebut akan berakhir pada musim ini?

Dekat tapi jauh

Selalunya, di separuh pertama musim Bundesliga, pasukan lain akan mendahului carta dengan apabila saingan melepasi 50% perlawanan, Bayern akan masuk ke gear lima dan memecut jauh meninggalkan semua pencabar.

Musim ini kita dapat saksikan bagaimana Union Berlin yang begitu bergaya berjaya memimpin liga dan memerlukan lebih separuh perjalanan liga untuk diheret ke bawah oleh Bayern.

Lazimnya apabila Bayern sudah menggulingkan pendahulu, mereka akan terus naik takhta dan tinggalkan kelab lain. Akan tetapi musim ini, ianya belum lagi terjadi.

Selepas 21 perlawanan, Bayern mungkin sudah merajai Bundesliga namun mereka cuma berada di depan kerana perbezaan jaringan.

Di belakang mereka masih lagi ada Borussia Dortmund dan Union yang mengumpul jumlah mata yang sama dengan Bayern ketika ini iaitu 43 mata.

Kelebihan jaringan yang ada pada Bayern (+40) dilihat mampu memastikan mereka kekal sebagai juara kerana Dortmund cuma ada +17 dan Union +11 sahaja.

Akan tetapi, masih lagi terbuka untuk ketiga-tiga pasukan ini cuba menjatuhkan sesama sendiri dalam misim mendapatkan kejuaraan di akhir musim.

Atau juga buat pasukan di luar tiga terbaik Bundesliga kerana ketika ini kerana jarak mata antara mereka terlalu dekat bagi kesemua yang berada di zon kejohanan Eropah.

Enam pasukan teratas Bundesliga ketika ini hanya dipisahkan dengan enam mata sahaja dengan tiga pasukan mempunyai jumlah yang serupa:

  1. Bayern Munich (43 mata)
  2. Borussia Dortmund (43 mata)
  3. Union Berlin (43 mata)
  4. Freiburg (40 mata)
  5. RB Leipzig (39 mata)
  6. Eintracht Frankfurt (38 mata)

Jumlah ini adalah amat dekat dan jika ianya boleh dikecilkan lagi, pastinya ianya akan menjadikan Bundesliga musim ini amat menarik.

Jika juara baharu berjaya dicari, maka Bundesliga akan menjadi seperti Serie A yang telah menamatkan dominasi Juventus dengan dua kelab Milan telah pun memenangi kejuaraan Scudetto.

Adakah dominasi Bayern akhirnya akan tamat? Kita tunggu sampai tamat musim nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN