Adakah Arteta Punca Bencana Yang Sedang Melanda Arsenal Ketika Ini?

Arsenal Arteta

Umpama kapal dilanda badai, menunggu masa sahaja untuk karam di lautan. Mungkin itu merupakan perumpaan kem Arsenal walaupun baru menghadapai dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu tewas mengejut kepada pendatang baharu Brentford dalam aksi pembukaan dan kemudian dibenam Chelsea tempoh hari tanpa menjaringkan sebarang gol.

Ia menjadikan permulaan terburuk Arsenal dalam tempoh 118 musim sejak beraksi dalam liga tertinggi England sehingga muncul kembali kempen #ArtetaOut di media sosial mendesak pengurus warga Sepanyol itu dipecat.

Di mana punca?

Beberapa pemain penting seperti  tidak dapat diturunkan disebabkan kecederaan dan dijangkiti Covid-19. Ketika aksi berdepan Brentford, Arteta tidak dapat menggunakan khidmat Pierre-Emerick Aubameyang, Alexander Lacazette, Willian dan Alex Runnarsson.

Kemudian pemain baharu bernilai £50 juta, Ben White pula didapati positif Covid untuk aksi bertemu Chelsea sambil Eddie Nketiah, Gabriel Magalhaes dan Thomas Partey juga semua masih belum pulih dari kecederaan.

Bagaimana dengan pembelian baharu?

Walaupun tidak layak ke mana-mana kejohanan Eropah, agak mengejutkan apabila Arsenal menjadi pasukan yang berbelanja paling besar dalam pasaran perpindahan pemain pada musim panas ini

Mereka telah membawa masuk lima pemain baharu iaitu Ben White (£50 juta), Martin Odegaard (£34 juta), Aaron Ramsdale (£26 juta), Albert Sambi Lakonga (£17 juta) dan Nuno Tavares (£8 juta). Kesemuanya telah menelan belanja hampir £140 juta.

Malangnya setakat ini semua pembelian tersebut tidak menjadikan Arsenal pasukan yang lebih baik berbanding musim lalu, Mungkin hanya Lakonga sahaja yang dilihat menunjukkan prestasi yang agak memuaskan setakat ini.

Odegaard dan Ramsdale yang baru sahaja tiba masih belum berpeluang untuk diturunkan lagi. Sudah tentu Arteta mengharapkan dua pemain ini mampu meningkatkan kualiti persembahan Arsenal dan menghasilkan keputusan positif selepas ini.

Tetapi timbul juga persoalan mengenai pembelian Ramsdale kerana pilihan utama untuk menjaga gawang masih digalas oleh Bernd Leno. Jadi apa keperluan membelanjakan sehingga £26 juta hanya untuk mendapatkan penjaga gol kedua?

Arteta tak pandai pilih pemain?

Jika diperhatikan barisan pemain Arsenal sedia ada ketika ini, hakikatnya mereka mempunyai deretan pemain yang bagus dan berbakat. Tetapi beberapa pemain ini seolah-olah bergelut untuk menyesuaikan diri dengan ‘falsafah’ atau pendekatan Arteta.

Lihat sahaja musim lalu bagaimana pemain yang tiba dengan reputasi cukup besar seperti Thomas Partey dan Willian. Kedua-duanya gagal memberikan impak yang diharapkan seperti mana prestasi cemerlang bersama kelab lama mereka.

Arteta juga menerima kritikan kerana menjual serta meminjamkan beberapa pemain seperti Emiliano Martinez, Matteo Guendouzi, William Saliba, Henrikh Mkhitaryan, Mesut Ozil, Lucas Torreira, Ainsley Maitland-Niles dan Joe Willock.

Entah kenapa, musim ini pemain seperti Mohamed Elneny, Reiss Nelson Hector Bellerin dan Maitland Niles juga kurang diberikan minit permainan untuk beraksi.

Pemain muda berbakat Gabriel Martinelli yang begitu menyerlah ketika beraksi di bawah pengurus lain juga seolah-oleh telah hilang bisanya apabila bersama Arteta.

Penutup

Arsenal telah tewas 20 dari 60 perlawanan EPL sejak Arteta mengambil alih jawatan pengurus pada Disember 2019. Sebagai perbandingan, pengurus legenda Arsene Wenger tewas 20 perlawanan hanya selepas perlawanan ke-116.

Rekod tersebut mungin beertambah buruk apabila skuad The Gunners berkunjung ke Stadium Etihad untuk bertemu juara bertahan Manchester City pada hujung minggu ini.

Hujung tahun lalu, pihak pengurusan kelab secara terbuka masih menyokong kedudukan Arteta dalam membina pasukan.

Tetapi sekiranya hujung minggu ini mereka tewas tiga kali berturut-turut, sudah tentu ia akan menyemarakkan lagi kemarahan penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN