Ada Kelab ‘Culas’ Bayar Gaji Buat Skuad Piala Presiden & Belia?

Isu tunggakan gaji sememangnya kini sedang menular dalam kalangan kelab-kelab di pentas Liga Malaysia (Liga M) sejak beberapa tahun lalu sehingga ianya memberi gambaran buruk buat perkembangan bola sepak tempatan dalam kalangan ramai.

Untuk awal musim ini sahaja sudah kedengaran beberapa pasukan sudah pun mengalami isu tunggakan gaji sehingga berbulan lamanya daripada segi pembayaran kepada pemain terlibat.

Tidak cukup itu terbaharu, ada laporan menyatakan beberapa skuad pembangunan membabitkan wakil daripada Piala Belia serta Presiden turut menerima nasib serupa iaitu tunggakan gaji.

Ianya disahkan sendiri melalui Mohd Firdaus Mohamed selaku Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menyatakan mereka telah pun menerima aduan mengenai perkara tersebut.

Firdaus jelas memandang perkara ini dengan sangat serius selain kesal apabila mengetahui sesetengah kelab melepaskan tanggungjawab mereka kepada ‘pihak kedua’ untuk menjimatkan kos operasi.

Disebabkan itu masalah tunggakan gaji mula berlaku apabila pihak kedua meninggalkan kelab tersebut serta menyebabkan pemilik asal perlu menanggung tunggakan gaji.

“Saya menerima aduan terdapat lima kelab berdepan tunggakan gaji babitkan pemain-pemain di Piala Presiden dan Piala Belia.

“Saya memandang serius perkara ini kerana kelompok pemain ini adalah pemain muda yang harus dibela dan diberi sokongan di mana mereka inilah generasi masa depan bola sepak negara.

“Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas kelab yang culas membayar gaji pemain ini. Malah ingatan juga buat kelab-kelab yang ada menyerahkan pengurusan pasukan (Piala Presiden dan Piala Belia) kepada pihak lain.

“Ini dah salah…sepatutnya ia tidak berlaku. Apabila kelab memohon lesen kebangsaan kepada FIB (First Instance Body), kelab diwajibkan menyediakan pasukan pembangunan.

“Bukan dengan cara menyerahkan pasukan kepada pihak lain. Inilah antara punca kenapa tunggakan gaji berlaku apabila pihak lain itu cuba lepas tangan,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Firdaus turut menyatakan punca pergaduhan kerap di saingan Piala Belia dan Presiden sebelum ini disebabkan tekanan hidup dihadapi akibat tunggakan gaji.

“Kita kena ingat, kebanyakan pemain ini daripada golongan B-40. Apabila gaji tidak dibayar sudah tentu pemain kadang-kadang hilang pertimbangan di dalam padang.

“Sebab itu saya ambil serius soal gaji ini kerana ini adalah mata pencarian mereka dan tidak seharusnya dilayan begitu,” kata Firdaus akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN