Ada Apa Dengan Sumo, Rikishi, Arsene Wenger & David Beckham?

Ada Apa Dengan Sumo, Rikishi, Arsene Wenger & David Beckham? Sebelum itu, fikirkan soalan ini. ‘Size Does Matter or Size Doesn’t Matter?’

Terjemahan Bahasa Melayu ialah: Adakah Saiz Menjadi Keutamaan? Tulisan sempena sambutan Tahun Baharu 2018 pada kali ini disediakan khusus untuk bacaan santai.

Ini kerana kami memahami anda. Ada di antara kita baharu sahaja kembali daripada cuti hujung tahun yang panjang. Tanpa mengira pekerjaan atau sama ada anda masih belajar, rata-rata daripada kita akan kembali kepada rutin harian seperti sebelumnya mulai esok.

Sebelum meneruskan pembacaan, izinkan kami membuat sedikit pertanyaan. Apakah azam baru anda untuk 2018? Adakah terdapat di kalangan anda, yang menanam azam untuk menurunkan berat badan pada tahun ini?

Atau adakah perancangan menurunkan berat badan telah tertangguh sejak bertahun lamanya? Ketika tahun datang silih berganti, azam menurunkan berat badan merupakan antara azam yang paling banyak berada di dalam senarai semak rakyat Malaysia.

Gaya hidup sihat

Rasanya tidak perlu bagi kami menekankan kepentingan menurunkan berat badan. Rata-rata daripada kita mempunyai jawapan kepada kepentingan menurunkan berat badan yang berlebihan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung.

Kredit: The Star

Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes.

Statistik di Malaysia melalui National Health Morbidity Survey yang dijalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese.

Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara.

Ini adalah fakta mengenai obesiti. Anda boleh mengkaji bagaimana untuk menangani masalah obesiti di portal KKM dan portal-portal kesihatan yang lain.

Ada apa dengan Sumo

Jika saiz yang dibicarakan, anda pasti akan terbayang kepada ahli sukan Sumo yang memiliki saiz badan yang besar, perkasa, dan…gemuk?

Apakah persamaan Sumo dengan bola sepak? Apakah yang bola sepak boleh pelajari daripada sumo?

Honbasho adalah kejohanan profesional untuk sukan Sumo di Jepun. Terdapat 6 kejohanan akan diadakan dalam tempoh setahun, sejak ia diperkenalkan pada 1958.

(Photo by The Asahi Shimbun via Getty Images)

Jika dalam bola sepak di dalam konteks Malaysia, kita hanya memiliki 4 pertandingan utama yang boleh disertai oleh setiap pasukan iaitu, Liga Super/100 Plus Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia, Kejohanan ACL/AFC.

Penggusti sukan Sumo dikenali sebagai rikishiSeperti mana bola sepak yang dibahagi kepada divisyen di setiap negara, keputusan ketika honbasho akan diambil kira untuk menaikkan atau menurunkan rikishi ke divisyen untuk tujuan pertandingan.

Untuk sukan Sumo, terdapat 6 divisyen melibatkan ratusan rikishi profesionall. Dua divisyen utama dinamakan Makuuchi (divisyen pertama). Manakala divisyen kedua dinamakan Jūryō (divisyen kedua).

(Photo by David Mareuil/Anadolu Agency/Getty Images)

Lain-lain divisyen mengikut turutan ialah Makushita, Sandanme, Jonidan, dan Jonokuchi.

Seperti bola sepak, sukan Sumo juga mempunyai seorang pengadil yang dinamakan gyoji untuk memberikan keputusan ketika perlawanan sedang berlangsung di dalam gelanggang.

Seperti pengadil di dalam bola sepak, gyoji juga ada kalanya melakukan kesilapan ketika mengadili perlawanan sumo. Jika pada zaman dahulu, gyoji membawa sebilah pisau.

(Photo by David Mareuil/Anadolu Agency/Getty Images)

Jika terbukti seorang gyoji melakukan kesilapan, maka gyoji melakukan upacara Seppukuiaitu upacara membunuh diri dengan menikam diri sendiri di bahagian abdomen sebagai tanda penghormatan.

Pada hari ini, seorang gyoji tidak akan melakukan lagi upacara seppukuSebaliknya seorang gyoji akan meminta kebenaran daripada badan penganjur untuk mengundurkan diri daripada mengadili perlawanan Sumo di masa akan datang.

Sanggupkah pengadil bola sepak berundur sebagai pengadil jika dipalit dengan kesilapan mengadili perlawanan?

Arsene Wenger, Manchester derbi dan Sumo

Masihkah anda ingat akan insiden panas membabitkan kedua-dua pasukan Manchester di Old Trafford pada bulan lalu?

Dalam insiden berkenaan, staff kejurulatihan Manchester City mengalami kecederaan di bahagian atas mata akibat dibaling dengan objek keras, dipercayai botol.

M(Photo by Victoria Haydn/Man City via Getty Images)

Insiden tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan pemain-pemain Manchester City yang meraikan kemenangan ke atas seteru setempat mereka itu secara bising yang keterlaluan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hari kem United.

Untuk keseluruhan insiden tersebut, pengendali Arsenal, Arsene Wenger mempunyai pendapat beliau yang tersendiri.

Wenger berkata beliau belajar meraikan kemenangan dengan penuh maruah setelah mempelajarinya daripada perlawanan Sumo yang pernah disaksikannya di Jepun.

(Photo by Donald Miralle/Getty Images)

Wenger bukan watak asing di Jepun. Pengendali dari Perancis ini pernah bersama kelab bola sepak Grampus Eight sebelum ke Highbury pada 1996.

Pada pendapat jurulatih berpengalaman itu, adalah tidak salah untuk meraikan kemenangan. Tetapi pada masa yang sama, ia juga merupakan satu perkara yang penting untuk bertindak sewajarnya, dan bertindak secara terhormat ketika meraikan kemenangan.

Oleh itu, Wenger mempercayai bola sepak mempunyai sesuatu yang boleh dipelajari daripada Sumo.

TOYOTA, JAPAN – JANUARY 24: (CHINA OUT, SOUTH KOREA OUT) Nagoya Grampus Eight new head coach Arsene Wenger (3rd L) and players warm up during the first training of 1995 season at Toyota Sports Center on January 24, 1995 in Toyota, Aichi, Japan. (Photo by The Asahi Shimbun via Getty Images)

“Ia adalah perkara yang sukar untuk dihadapi apabila tewas dalam perlawanan besar, dan menyaksikan lawan meraikannya secara 100% di hadapan anda.”

“Ketika di Jepun, saya turut mengikuti sukan Sumo. Adakalanya, anda tidak tahu siapa yang menang perlawanan Sumo. Ini kerana pihak yang menang tidak menunjukkan reaksi seperti pemain bola sepak.”

Rikishi yang menang tidak menunjukkan kegembiraan kerana menghormati lawan. Untuk ini, hanya ada satu penjelasan. Budaya di Jepun sememangnya terkenal dengan sikap menghormati satu sama lain.”

(Photo by The Asahi Shimbun via Getty Images)

Di dalam sukan sumo, anda tidak diiktiraf sebagai yokozuna (juara mutlak) jika anda tidak mempunyai sikap yang baik, tanpa mengira jumlah kejohanan yang anda menangi.

Beckham & Co VS Rikishi

Kira-kira 15 tahun yang lalu, syarikat minuman berkarbonat terkenal, Pepsi pernah mengeluarkan satu iklan yang mencuit kebanyakkan daripada kita pada ketika itu.

Apa tidaknya. Pepsi telah mengumpulkan beberapa pemain bintang bola sepak utama dunia pada era itu, diketuai oleh David Beckham untuk menentang 6 rikishi sukan Sumo dalam satu perlawanan bola sepak.

Photo-montage by Clive Brunskill & Gary M Prior/Getty Images

Skuad Pepsi yang mempunyai nilai £175 juta pada ketika itu terdiri daripada David Beckham – England & Manchester United; Juan Veron – Argentina & Manchester United; Roberto Carlos – Brazil & Real Madrid; Dwight Yorke – Trinidad & Tobago, & Manchester United; Rivaldo – Brazil & Barcelona; Edgar Davids – Holland & Juventus; Gianluigi Buffon – Italy & Juventus; Emmanuel Petit – France & Chelsea; Rui Costa – Portugal & AC Milan; Raul Gonzalez – Spain & Real Madrid; Pavel Nedved – Czech Republic & Juventus.

Berapakah anggaran pemain ini jika nilai pasaran pemain pada hari ini diambil kira? Iklan oleh Pepsi ini adalah untuk sebahagian promosi jenama minuman terkenal itu menjelang Piala Dunia 2002.

Anda boleh saksikan video perlawanan tersebut di bawah. Berbalik kepada soalan asal di perenggan pertama:  Adakah Saiz Menjadi Keutamaan?

Penutup

Jangan risau. Seperti yang penulis katakan pada permulaan artikel, penulisan kali ini adalah untuk tujuan pembacaan santai sempena sambutan Tahun Baru 2018.

Psst!…Jangan ada di kalangan anda yang fikirkan kami telah mengubah angin menjadi Semuanya SUMO.

Oleh itu, kami di Semuanya BOLA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baharu 2018 kepada semua pembaca kami.

Terima kasih untuk sokongan anda selama ini, dan teruskan setia bersama kami untuk lebih banyak artikel dan konten berkualiti dalam niche sukan berasaskan bola sepak.

Masih dengan azam untuk menurunkan berat badan? Adakah Saiz Menjadi Keutamaan? Semoga hari-hari mendatang sepanjang tahun 2018, menjadi tempoh yang diberkati dan berhasil buat semua!

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN