Hasrat untuk melihat Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar kemenangan kali kedua di pentas AFC Champions League (ACL) tidak kesampaian, apabila pasukan itu mencipta kekalahan 1-3 di tangan Gwangju FC.
Awal permainan menyaksikan JDT terlebih dahulu dikejutkan oleh dua jaringan daripada penyerang handalan Gwangju FC iaitu Jasir Asani yang mudah menwaskan penjaga gol pelawat pada minit ketiga dan keenam.
Aksi tersebut juga menyaksikan tuan rumah lebih mendominasi perlawanan dengan para pemain JDT pula mengambil masa untuk menyesuaikan diri dalam permainan.
Walaupun begitu, pelawat mula perlahan-lahan mengatasi Gwangju dengan siri serangan pantas mula dicipta sehingga bintang Harimau Malaya iaitu Feroz Baharudin meledak gol sulung mereka pada minit ke-28.
Tuan rumah sebenarnya telah pun memperoleh jaringan ketiga mereka pada minit ke-33 sebelum ia dibatalkan oleh pengadil betugas atas kekasaran dilakukan terlebih dahulu kepada pemain JDT.
Memasuki minit ke penghujung separuh masa pertama, kedua pasukan dilihat mengurangkan sedikit intensiti permainan dengan bola jelas lebih banyak berlegar di tengah padang serta tiada ancaman-ancaman berbahaya buat penjaga gol masing-masing.
Bersambung di separuh masa kedua, tuan rumah terlebih dahulu mengasak ke arah kubu pertahanan pelawat dengan siri serangan dari pelbagai arah dalam usaha mereka untuk mendapatkan jaringan ketiga.
JDT berjaya memperoleh jaringan kedua mereka menerusi Oscar Arribas pada minit ke-51, sebelum ia dibatalkan kerana pengadil mengesan beliau berada dalam kedudukan ‘offside’.
Aksi juga tampil sedikit tegang apabila berlaku beberapa kali pertelingkahan membabitkan para pemain kedua pasukan sehingga ia berjaya ditenangkan oleh pengadil.
Sehingga ke minit-70, kedua pasukan dilihat masing-masing mengalami kesukaran untuk menembusi pertahanan lawan dengan bola juga banyak berlegar di tengah padan tanpa sebaran ancaman berbahaya.
JDT cuba melancarkan siri serangan mereka menerusi rembatan jarak jauh, dalam usaha mendapatkan jaringan penyamaan, namun ia berjaya digagalkan oleh barisan pertahanan kental tuan rumah.
Gwangju FC menamatkan sisa perjuangan JDT pada minit ke-89 menerusi gol ketiga mereka, selepas kelekaan ditampilkan oleh pertahanan pasukan pelawat mengundang rahmat buat tuan rumah.
Perlawanan tamat, dengan keputusan kekal memihak kepada Gwangju FC yang mencipta kemenangan 3-1 ke atas JDT bersama aksi cukup sengit dipamerkan kedua pasukan.
Kesebelasan Utama
Gwangju FC: Kim Kyeongmin (Penjaga Gol), Cho Seongwon, Lee Minki (Kapten) Jasir Asani, Jung Hoyeon, Byun Junsoo, Lee Kunhee, Kim Kyeongjae, Shin Changmoo, Park Taejun, Oh Huseong
Johor Darul Ta’zim (JDT): Andoni Dorronsoro (Penjaga Gol), Natxo Insa (Kapten), Murilo De Araujo Santos, Park Junheong, Feroz Baharudin, Iker Undabarrena, Juan Muniz Gallego, Eddy Silvestre Israfilov, Oscar Arribas, Arif Aiman, Jorge Leonardo Rojas