ACL: Lang Merah Sokong Harimau Selatan Mengaum Dan Kibar Panji Malaysia

Sebelum ini akaun media sosial JDT dan KFA saling melakukan banter serta perang media sosial.

Namun ia bukannya alasan untuk melupakan semangat kesukanan dan juga semangat kebangsaan, selaku pasukan yang sama-sama dari kelompok Liga Malaysia.

Semalam Lang Merah menerusi Facebook KFA telah memberikan kata kata sokongan kepada wakil Malaysia di pentas Liga Juara-juara AFC (ACL).

JDT sekali lagi tampil sebagai wakil tunggal Malaysia dalam temasya AFC musim ini.

JDT akan tampil dalam aksi pertama berhadapan dengan Vissel Kobe.

Previu ACL 2020: Vissel Kobe vs JDT

Kedah beraksi di play off, beberapa minggu lalu. Namun agak malang apabila Kedah tersingkir.

Kedah menganggap pentas ACL merupakan menjadi idaman semua pasukan bola sepak di Asia.

KFA menerusi kenyataan medianya berkata: “Liga Juara-Juara AFC 2020 telah pun bermula 10 Februari 2020.”

“Kejohanan berprestij ini telah memberi pengalaman yang cukup berharga kepada pasukan Kedah kerana turut berpeluang beraksi di pusingan kedua kelayakan dan Play-Off baru-baru ini.”

“Sesungguhnya pengalaman di pentas tertinggi bolasepak Asia adalah idaman setiap pasukan terutamanya layak ke peringkat kumpulan kejohanan tersebut.”

Menurut KFA, pasukan JDT telah memberikan inspirasi kepada pasukan lain di Liga Malaysia untuk beraksi di pentas berprestij itu di masa akan datang.

“Satu-satunya wakil kelab dari Malaysia, JDT FC adalah pasukan yang akan beraksi di peringkat kumpulan esok bertemu Vissel Kobe di Misaki Park Stadium, Kobe.”

“Ia sudah pasti memberi inspirasi untuk Kedah dan pasukan-pasukan di bawah naungan MFL yang lain untuk menyasarkan beraksi di pentas yang sama di masa hadapan.”

“Membawa panji JDT FC dan Malaysia, luaskan kuasamu, selamat berjuang JDT FC!”

Kami juga mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN