ACL: Jaringan Tunggal Supachok Bantu Buriram Tewaskan Jeonbuk Di Chang Arena

Buriram United mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan pilihan Jeonbuk Hyundai Motors di Chang Arena.

Pengendali Jeonbuk telah merehatkan beberapa pemain utama beliau dalam aksi ini.

Supachok Sarachat menjadi wira Buriram dengan jaringan tunggal beliau pada minit ke-50. Keputusan ini sangat bermakna untuk Buriram yang sebelum ini tewas 3-0 di tangan Urawa Red Diamonds.

Buriram berhadapan dengan krisis prestasi pada awal musim ini. Mereka hanya menang 1 perlawanan daripada 4. Kemenangan ke atas juara ACL 2 kali itu pastinya menjadi tonik berharga untuk mereka bangkit.

Buriram hampir di hadapan pada minit ke-27, namun percubaan Supachai Jaided terkena pada tiang gol.

Bersambung babak ke-2, hanya 5 minit daripada wisel – Buriram mengejutkan Jeonbuk dengan serangan balas yang disudahkan oleh Supachok. Satu rembatan tepat ke near post.

Ricardo Lopes hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-69, namun percubaan beliau terkena palang.

Buriram ternyata mencipta lebih banyak peluang gol berbanding dengan Jeonbuk dalam perlawanan ini. Buriram melakukan 7 percubaan tepat berbanding hanya 1 oleh Jeonbuk.

Buriram berjaya bertahan untuk baki perlawanan dan memastikan mereka mendapat 3 mata daripada aksi ini. Satu kemenangan penting dalam usaha Buriram mahu mengulangi pencapaian musim lalu – mara ke peringkat 16 terakhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN