ACL Di Pusat Latihan Iringi Cerita Kepulangan Robin Van Persie Selepas 2 Tahun

Robin Van Persie dipanggil semula oleh Belanda untuk tugasan kebangsaan kali ini. Bekas pemain Arsenal dan Manchester United ini merupakan penyerang sensasi di Eropah satu ketika dahulu.

Beliau tidak pernah menutup pintu untuk Belanda meskipun sudah berusia. Dalam kempen Piala Dunia 2014, ia antara persembahan terbaik Van Persie dalam jersi  The Oranje. Van Persie dipanggil semula selepas kali terakhir menyarung Belanda pada 2 tahun yang lalu.

Van Persie masuk sebagai pemain simpanan ketika perlawanan menentang Perancis. Beliau beraksi Belanda tewas 4-0 di dalam perlawanan tersebut. Namun berita sedih apabila Van Persie dilaporkan mengalami kecederaan pada sesi latihan.

Laporan daripada BeIN Sports menyatakan pemain itu mengalami kecederaan ligamen / ACL. Kecederaan yang dijangka mungkin akan berpotensi menamatkan karier beliau yang sudah berusia 34 tahun.

Sebagai rekod, Van Persie merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk belanda. 50 gol daripada 101 penampilan beliau. Selepas meninggalkan England beliau berkarier di Turki bersama dengan kelab Fenerbahce.

Sepanjang karier beliau memang kerap dibelenggu kecederaan serius. Itupun Van Persie masih menjadi penjaring yang prolifik.  Beliau menjaringkan 132 gol daripada 277 penampilan untuk Arsenal.

Karier beliau di Turki pun kerap dilanda dengan masalah kecederaan. Pada pandangan peribadi penulis,  sudah tiba masanya untuk RvP berehat penuh dan menumpukan kepada karier pasca pemain bola sepak. Mungkin menjadi jurulatih?

Semoga cepat sembuh RvP!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN