ACL 2022: Pemain Termahal Dalam Sejarah J-League, Barisan Pemain Terbaik Asia Bakal Cabar JDT

Juara Liga Super Malaysia (JDT) bakal berhadapan laluan berliku di saingan peringkat kumpulan pertandingan AFC Champions League 2022, apabila diundi di dalam Kumpulan I bersama-sama juara J-League, Kawasaki Frontale.

Turut berada di dalam kumpulan yang sama ialah kelab Liga Super China (CSL), Guangzhou FC. Kelab China itu mengakhiri saingan pada musim lalu di kedudukan ketiga pada musim lalu.

Manakala sebuah lagi pasukan yang akan berada di dalam Kumpulan I akan ditentukan melalui perlawanan play-off yang akan melibatkan Ulsan Hyundai selaku naib juara K-League dan Port FC yang menduduki tempat ketiga Thai League pada musim lalu.

Undian Kumpulan I kali ini menyaksikan JDT akan berhadapan dengan antara pemain terbaik di Asia. Kawasaki Frontale misalnya baharu sahaja melengkapkan perpindahan pemain termahal dalam sejarah perpindahan domestik J-League, Chanatip Songkrasin.

Turut berada di dalam skuad kendalian Toru Oniki itu adalah bekas pemain kebangsaan Brazil dan pemain terbaik J-League musim lalu, Leandro Damiao. Guangzhou FC pula memiliki pemain naturalisasi China seperti Aloísio dos Santos Gonçalves dan Fernando Henrique.

Manakala Ulsan Hyundai sekiranya berjaya melayakan diri ke pusingan peringkat kumpulan akan membariskan beberapa pemain skuad kebangsaan Korea Selatan seperti Jo Hyeon-woo (penjaga gol) dan Lee Dong-jun (pemain sayap). Dua pemain import Ulsan, Dave Bulthuis (Belanda) dan Valeri Qazaishvili (Georgia) juga dianggap antara pemain import terbaik di K-League apabila kedua-duanya dinamakan sebagai pemain kesebelasan terbaik K-League 2021.

Makala Port FC menyaksikan barisan pemain terbaik dari rantau Asia Tenggara seperti Teersasil Dangda (penjaring terbanyak Piala AFF 2020), Adisak Kraisorn (penyerang) dan Kawin Thamsatchanan (penjaga gol skuad kebangsaan Thailand). Perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan dijangka akan bermula pada 15 April hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN