ACL 2019: FAM Masih Menantikan Surat Rayuan Daripada Pahang

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) masih belum mengemukakan rayuan bagi membolehkan Pahang beraksi di pusingan kedua kelayakan Liga Juara Juara (ACL) tahun depan.

Menurut Hamidin, mereka masih menantikan surat rayuan daripada PBNP supaya jawatankuasa Rayuan FAM boleh bersidang untuk mengkaji semula hukuman penggantungan 2 tahun yang dikenakan ke atas persatuan terbabit.

“Saya difahamkan setakat ini, Pahang belum lagi menghantar surat rayuan jadi kita tunggulah. Saya tidak pasti kerana mungkin mereka tidak mahu merayu tetapi eloklah jika Pahang dapat mengemukakan rayuan.

“Bila rayuan dikemukakan, barulah perkara itu akan dibawa ke Jawatankuasa Rayuan dan mereka akan bersidang sebelum menentukan keputusannya nanti,” katanya kepada Berita Harian.

Mengulas mengenai peluang Pahang untuk ‘diberi keampunan’, Hamidin bagaimanapun menjelaskan beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.

“Saya bukan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan. Pengerusinya adalah Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan jawatankuasa itu adalah satu badan bebas jadi saya tidak boleh menjawab mengenainya,” kata Hamidin.

Baru-baru ini, bekas Presiden FAM, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim meminta FAM kaji semula hukuman penggantungan Pahang melalui kenyataan dalam laman facebook rasmi JOHOR Southern Tigers.

“Lazimnya dengan kejayaan tersebut (Juara Piala FA), pasukan Pahang layak untuk mewakili negara dalam peringkat Asia iaitu Pusingan Kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada tahun hadapan.”

“Oleh itu demi semangat kesukanan, saya berharap kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengkaji semula hukuman yang telah dikenakan terhadap pasukan Pahang sebelum ini,” katanya.

Skuad Tok Gajah yang muncul juara Piala FA musim ini  selepas menewaskan Selangor, 2-0 digantung oleh FAM kerana enggan mewakili negara ke saingan Piala AFC musim ini.

Bagaimanapun, mereka masih dibenarkan untuk mengemukakan rayuan namun jika mereka mengemukakan rayuan tetatpi rayuan mereka ditolak, slot terbabit akan diisi oleh naib juara Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN