ACL 2: ‘Wonderkid’ Jeonbuk Hyundai Antara Perlu Diawasi Selangor

Saingan AFC Champions League Two (ACL 2) terus bersambung pada hari ini dengan membabitkan pertemuan antara Selangor menentang cabaran wakil kelab dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors.

Dua aksi terdahulu menyaksikan The Red Giants kekal utuh tanpa sebarang kekalahan apabila mereka merekodkan satu kemenangan serta sekali keputusan seri pada aksi pembukaan menentang Muangthong United di Thailand.

Selepas beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke pentas Asia, jelas pelbagai persiapan rapi dibuat pasukan itu dengan turut membabitkan ramai pemain import berkualiti ditandatangani.

Walaupun begitu, Nidzam Jamil dijangka bakal menghadapi cabaran besar pada malam ini kerana lawan mereka iaitu Jeonbuk Hyundai bukan calang-calang untuk diatasi walau berkelebihan di laman sendiri.

Apatah lagi The Red Giants juga turut kehilangan pemain tengah berkualiti mereka iaitu Noor Al-Rawabdeh yang mengalami kecederaan serius untuk dipertaruhkan kelab berkenaan.

Melihat kepada pasukan lawan pula, mereka memiliki ramai pemain berpengaruh terutama sekali membabitkan rangkaian serangan cukup berkualiti pada musim ini.

Moon Seon-min

Moon boleh dianggap selaku pemain paling berbahaya mereka kini di posisi serangan menerusi keseimbangan beliau daripada segi jumlah jaringan serta bantuan gol direkodkan buat kelab berkenaan.

Bagi saingan ACL 2 ini sahaja menyaksikan pemain kebangsaan Korea Selatan itu telah pun meledak tiga gol bersama satu bantuan jaringan walaupun hanya beraksi dua perlawanan.

Kualiti pemain sayap kanan ini terarah kepada kelincahan beliau serta ketajamannya sendiri yang bijak menyempurnakan setiap peluang terhidang.

Tae-Ho Jin

Bintang muda berusia 18 tahun itu muncul selaku antara penjaring terbanyak kelab tersebut di pentas ACL 2 setakat ini selepas mengharungi dua perlawanan.

Walaupun masih muda, bekas pemain kebangsaan Korea Selatan bawah 17 (B-17) ini mencipta sensasi tersendiri dalam saingan tersebut dengan dua gol telah direkodkan beliau.

Lincah, kreatif serta tenang daripada segi kawalan bola menjadikan beliau selaku antara pemain perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh kem Selangor malam ini.

Park Jae-yong

Satu gol bersama satu bantuan jaringan terhasil menerusi penyerang berbisa tersebut dalam dua aksi beliau untuk saingan ACL 2 setakat ini bersama aksi cukup menyakinkan.

Jangkaan kami, beliau bakal memainkan peranan penting pada perlawanan malam ini untuk menggempur kubu pertahanan Selangor demi mendapatkan jaringan.

Memiliki ketinggian 1.93 meter, Park dianggap sangat berbahaya dalam situasi bola mati buat pertahanan lawan menerusi tandukan beliau selain memiliki kemahiran cukup tinggi daripada segi kawalan bola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN