ACL 2: Selangor Miliki Peluang Besar Untuk ‘Ratah’ Wakil Filipina

Selangor dilihat memiliki peluang besar untuk mencipta kemenangan sulung mereka musim ini dalam saingan AFC Champions League Two (ACL 2) dengan pertemuan seterusnya membabitkan kelab itu menentang wakil dari Filipina, Cebu FC.

Terdahulu, skuad kendalian Nidzam Jamil tampil dengan momentum cukup positif dalam aksi sulung mereka pada kejohanan tersebut apabila Selangor mencipta keputusan seri 1-1 menentang jaguh Thailand, Muangthong United.

Pada aksi tersebut, Selangor berjaya memperoleh satu jaringan menerusi penyerang berbisa mereka iaitu Ronnie Fernandez sebelum kelebihan tersebut kembali diikat oleh Purachet Thodsanit.

Berbanding Cebu FC pula yang terpaksa menerima hakikat dengan kekalahan besar mereka kepada Jeonbuk Hyundai menerusi keputusan 0-6 di laman sendiri.

Walaupun begitu, pasukan tersebut kembali bangkit bersama kemenangan besar 6-0 mengatasi Mendiola bagi saingan di peringkat domestik bersama aksi lebih menyakinkan.

Melihat kepada aksi hari ini, Selangor sebenarnya berpeluang untuk mencipta kemenangan sulung mengatasi lawan atas beberapa faktor bagi mengumpul tiga mata pertama.

Bisa Ronnie Fernandez

Momentum semasa penyerang kebangsaan Chile ini dianggap cukup menyakinkan, selepas beliau tampil berbisa sejak tiga perlawanan lalu termasuk saingan ACLE 2.

Rekod semasa menyaksikan beliau sudah pun meledak tiga gol daripads tiga perlawanan dan beraksi di laman sendiri sudah tentu memberi keyakinan berganda buat Ronnie mencipta sesuatu kepada para peminat The Red Giants.

Selain memiliki kekuatan fizikal mengatasi pertahanan lawan, Ronnie juga mempunyai keupayaan cukup tinggi untuk meletakkan diri beliau di posisi tepat bagi menerima umpanan rakan sepasukan lain.

Momentum semasa Selangor cukup positif

Jika dilihat perjalanan semasa Selangor, ia boleh dianggap cukup positif selepas mereka masih belum tewas serta meraih dua kemenangan daripada tiga aksi lalu.

Enam gol daripada tiga aksi dihadapi membuktikan posisi serangan pasukan tersebut cukup ampuh serta menyakinkan untuk terus diulangi pada perlawanan hari ini.

Pemain seperti Alvin Fortes, Ali Olwan, Nooa Laine, serta Fernandez sudah tentu akan menjadi pertaruhan utama pasukan tersebut menghadapi Cebu FC.

Kelebihan di laman sendiri

Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) jelas terlalu kebal buat Selangor pada musim ini di pentas domestik dengan mereka kekal cemerlang tidak tewas di laman sendiri.

Apatah lagi dijangka ribuan penyokong The Red Giants akan tampil menyaksikan perlawanan tersebut di gelanggang ini demi memastikan kelab kesayangan mereka kekal tanpa kekalahan.

Kelebihan ini sudah tentu akan digunakan sepenuhnya oleh Nidzam Jamil bersama anak-anak buahnya untuk memberi mimpi ngeri kepada pasukan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN