AC Milan menjuarai Liga B-16 dengan pasukan yang dibarisi oleh Daniel Maldini. Ini menjadikan Daniel sebagai generasi Maldini ketiga yang membantu Milan menjuarai Serie A di semua peringkat.
Sebelum ini, Cesare Maldini dan Paolo Maldini membantu Milan menjuarai Serie A.
Keluarga Maldini telah menjadi antara simbolik kepada kelab AC Milan sejak 1960. Ianya bermula apabila datuk kepada Daniel Maldini iaitu Cesare Maldini menjadi kapten kepada Rossoneri.
Legasi Cesare Maldini di AC Milan diwarisi oleh Paolo Maldini selepas itu. Paolo Maldini setakat ini menjadi waris Maldini yang paling cemerlang.
Beliau bermain lebih banyak untuk AC Milan berbanding dengan mana-mana pemain dalam sejarah kelab tersebut setakat ini.
Kini, generasi ketiga Maldini semakin hampir untuk diperkenalkan kepada bola sepak profesional. Daniel Maldini adalah pemain muda yang berpotensi.
Beliau bermain sebagai pemain tengah. Daniel Maldini menjadi pemain penting dalam skuad B-16 Milan.
Semalam mereka menewaskan skuad B-16 Roma untuk menjulang Serie A B-16.
Ini adalah trofi pertama ‘Maldini’ bersama AC Milan selepas 13 tahun kabinet keluarga mereka tidak diisi dengan trofi bersama AC Milan.
Seorang lagi anak kepada Paolo Maldini iaitu Christian Maldini, berusia 21 tahun kini sedang bermain untuk Pro Sesto.
Siapakah Maldini seterusnya yang akan memakai jersi no.3 AC Milan yang dibersarakan seketika demi keluarga Maldini. Christian atau Daniel?
Nampaknya DNA Maldini dan trofi untuk Milan berterusan.