AC Milan Akhirnya Hilang Sabar Dengan Vincenzo Montella

AC Milan secara rasminya telah berpisah dengan pengurus, Vincenzo Montella selepas keputusan tanpa jaringan menentang Torino pada Ahad yang lalu.

Keputusan perlawanan tersebut meletakkan Milan di kedudukan ke-7 Serie A dan menyebabkan jarak dengan AS Roma yang berada di tangga ke-4 yang merupakan slot terakhir untuk ke pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan bertambah kepada 11 mata.

Milan yang telah berbelanja sehingga €200 juta untuk pemain baru pada jendela perpindahan musim panas yang lalu akan diambil alih oleh bekas pemain tengah kelab berkenaan, Gennaro Gattuso dalam percubaan hierarki kelab berkenaan menyelamatkan kempen pada musim ini.

Pengesahan pengunduran Montella diumumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui media sosial rasmi Twitter kelab berkenaan sebentar tadi.

“Milan mengumumkan pengunduran Vincenzo Montella sebagai jurulatih pasukan utama AC Milan. Operasi teknikal seterusnya akan disandang oleh Gennaro Gattuso yang akan melepaskan tanggungjawab beliau bersama pasukan Primavera.”

Namun demikian tidak ada butiran lanjut mengenai perlantikan Gattuso;sama ada akan mengambil tanggungjawab itu secara tetap atau sementara didedahkan oleh AC Milan.

AC Milan telah beraksi menentang semua kelab yang berada di kedudukan di atas mereka dalam kedudukan Serie A ketika di bawah bimbingan Montella.

Manakala 5 perlawanan seterusnya akan menentang kelab yang berada di kedudukan di bawah mereka, bermula dengan di tangga tercorot, Benevento pada hujung minggu ini.

. (Photo by Claudio Villa./Getty Images)

Milan kemudian akan berhadapan dengan Bologna di tempat sendiri sebelum berkunjung ke Hellas Verona dan perlawanan menentang Atalanta pada 23 Disember hadapan. Perlawanan terakhir pada tahun ini oleh AC Milan ialah dengan kunjungan ke Fiorentina.

Berdasarkan prestasi semasa, AC Milan jelas perlu melakukan sesuatu jika ingin mempunyai sebarang peluang untuk beraksi di pentas eropah pada musim hadapan.

Terdapat juga perkhabaran di eropah yang melaporkan Milan berkemungkinan tidak dibenarkan untuk beraksi di pentas eropah pada musim hadapan kerana didakwa melanggar peraturan berkaitan kewangan ketika pengambilalihan pada April lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN