AC Milan Didenda RM370,00 Kerana Mengarak Jersi Lawan Seperti Trofi

AC Milan didenda terkumpul sebanyak €86,000 ataupun sekitar RM370,000 oleh FIGC. Denda itu dipecahkan kepada €33,000 untuk 2 pemain terlibat Tiemoue Bakayoko dan Franck Kessie. Manakala €20,000 lagi ke atas AC Milan.

Sebelum ini pengurus AC Milan, Gennaro Gattuso sudah memberitahu agar penyokong AC Milan tidak bising dan defensif ketika mendengar kritikan. Ini kerana menurut Gattuso, AC Milan bersalah dalam hal tersebut dan perlu meminta maaf.

Dalam aksi Milan menentang Lazio, Frank Kessie dan Bakayoko telah mengarak jersi Acerbi seperti piala.

Mereka berdua memberikan respon yang disifatkan Acerbi tidak matang dan membangkitkan kebencian. Sebelum perlawanan Acerbi menyatakan bahawa Lazio adalah pasukan yang lebih kuat berbanding AC Milan.

Oleh kerana Milan menang tipis 1-0 dalam perlawanan itu, Bakayoko dan Kessie telah melakukan keraian sinikal dengan jersi Acerbi.

Ramai berpendapat kelakuan Bakayoko dan Kessie sebagai provokatif. Hal ini kerana, dalam sukan bola sepak sudah pastinya pemain seperti Acerbi akan menggunakan perang saraf dengan menyatakan pasukan beliau lebih baik.

Acerbi kecewa kerana Bakayoko dan Kessie seolah-olah mengambil perang psikologi sebelum perlawanan menjadi satu kebencian.

Acerbi menulis di twitter beliau:”Saya kecewa kerana saya sentiasa terbuka untuk bertukar jersi dengan pemain lawan selepas tamat perlawanan. Membangkitkan api kebencian bukan sebahagian daripada sukan tetapi satu petanda kelemahan.”

Immobile kemudian mengganggap para pemain AC Milan sebagai ‘pemain kerdil’. Bakayoko membalasnya dengan berkata: “Ianya berlaku kerana terlalu girang. Saya tidak memperlekehkan sesiapa. Saya minta maaf kepada Acerbi jika beliau terasa hati.”

Gattuso kemudian memberitahu akan mengkaji semula peraturan penggunaan media sosial oleh para pemainnya. Beliau meminta agar itu dikurangkan dan digunakan dengan lebih matang.

Selepas dikritik oleh Acerbi, Frank Kessie dan Bakayoko menyatakan ia hanya satu gurauan ataupun troll.

Gattuso pulak jelas tidak gembira dengan kelakuan 2 pemainnya itu. Beliau berkata: “Banyak sekali pendapat tentang insiden ini. Kita memang salah dan kita harus meminta maaf. Kita tidak boleh melakukan perkara seperti ini lagi selepas ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN