AC Milan Berjaya Dapatkan Bakayoko Dari Chelsea Secara Pinjaman

Guardiola on Savinho and De Bruyne's recent form Loading official content
Guardiola on Savinho and De Bruyne's recent form
Pep Guardiola, Manchester City manager, discussed Savinho and De Bruyne’s role in the 2024/25 season.
0 seconds of 47 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:47
00:47
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Xavi back in Leipzig training after the winter break Arteta: 'Much more to come from Merino' Kaka's strike from outside the box vs Atlanta United Juventus start the year 2025 with Suppercoppa preparations in Riyadh Conceicao on facing his son in his first game as Milan coach Outstanding debut moves showcasing PSG's new stars in action PSG's best Ligue 1 goals so far from 2024-25 season Best in the world: Vini Jr is honored at CBF headquarters Lihat lebih video Manchester City di OneFootball

Pemain Chelsea, Tiemoue Bakayoko kini mendapat nafas baharu dalam karier beliau selepas tidak berada dalam perancangan Maurizio Sarri di Stamford Bridge.

Hal ini kerana, menurut Sky Sports pemain itu kini telah disahkan untuk menyertai pasukan AC Milan secara pinjaman.

Bakayoko kini dikatakan telah berada di Milan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan selepas pemain tersebut jelas tiada dalam perancangan Sarri untuk musim ini.

Perkara ini jelas apabila pemain tersebut tiada dalam skuad Chelsea yang menang 3-0 ke atas Huddersfield dalam aksi pembukaan Premier League mereka.

Dalam perpindahan tersebut, Bakayoko akan menyertai AC Milan secara pinjaman selama 1 musim.

Selain itu, AC Milan juga mempunyai pilihan untuk membeli pemain tersebut secara tetap dengan nilai perpindahan yang ditetapkan adalah sebanyak £36 juta.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 16: Mario Lemina of Southampton and Tiemoue Bakayoko of Chelsea battle for posession during the Premier League match between Chelsea and Southampton at Stamford Bridge on December 16, 2017 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Bakayoko jelas tidak mempamerkan prestasi yang diharapkan sejak beliau tiba di Chelsea.

Beliau kerap kali menjadi pemain yang kurang digemari oleh penyokong pasukan Chelsea pada musim lalu.

Perpindahan ke AC Milan ini boleh dijadikan sebagai permulaan semula kepada karier beliau sama ada untuk memenangi hati Sarri semula atau terus kekal di San Siro.

Bakayoko melakukan 25 penampilan di Premier League musim lalu untuk Chelsea.

Chelsea membawa pemain baharu ke dalam skuad mereka dengan Sarri membeli Jorginho dari Napoli untuk menguatkan bahagian tersebut.

Pemain tersebut nyata mengagumkan pengurus beliau apabila menjaringkan gol pertama dalam perlawanan tempoh hari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN