AC Milan Bebas Hukuman UEFA Selepas Campur Tangan CAS

AC Milan bebas untuk beraksi di kancah saingan UEFA Europa League (UEL) pada musim hadapan selepas Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS) membatalkan arahan UEFA yang menggantung penyertaan kelab Serie A itu daripada pertandingan Eropah selama dua tahun.

UEFA sebelum ini bertindak menyingkirkan Rossoneri dari bertanding di Eropah untuk musim 2018/19 dan 2019/20 selepas didapati bersalah melanggar peraturan melibatkan syarat perlesenan dan arahan kewangan (financial fair play).

(Photo by Adam Davy – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Milan yang kini dimiliki oleh Elliott Advisors Limited yang berpengkalan di Amerika Syarikat sebelum ini melakukan rayuan kes kepada CAS, dan hari ini panel khas yang diwujudkan untuk kes tersebut sebulat suara membenarkan 7 kali juara eropah itu untuk bertanding di peringkat benua.

Dalam satu kenyataan di laman tas-cas.org, badan kehakiman untuk sukan itu menjelaskan bahawa kedudukan kewangan pasukan yang berpusat di San Siro ini telah melalui penambahbaikan yang meyakinkan di bawah pemilikan baharu.

Bagaimapanapun, CAS menolak permintaan arahan penyelesaian kepada UEFA dari Milan, sambil menegaskan beberapa isu masih tertakluk kepada jawatankuasa disiplin badan induk bola sepak eropah tersebut.

A picture taken on July 19, 2018 shows the plate outside the building of the Court of Arbitration for Sport aftet an appeal of AC Milan against a European football ban for breaking UEFA’s financial fair play rules, in Lausanne. – Last month European football’s governing body UEFA banned Milan from the Europa League for the coming season. (Photo by Fabrice COFFRINI / AFP) (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Kes Milan pada mulanya dirujuk kepada UEFA beberapa bulan yang lalu selepas mencatatka kerugian dalam laporan kewangan sejak beberapa tahun yang lalu.

Musim 2017/18 menyaksikan skuad kendalian Gennaro Gattuso ini menduduki tangga ke-6 Serie A, sekaligus melayakkan diri ke saingan UEL.

Sering kali tampil untuk menjelaskan memiliki kedudukan kewangan yang stabil selepas pengambil alihan oleh Li Yonghong pada tahun lalu, kes mereka tetap di bawah pemerhatian UEFA.

AC Milan’s CEO Marco Fassone speaks to the press as he leaves the Court of Arbitration for Sport (CAS) after a whole-day appeal against an European ban for breaking UEFA’s financial fair play rules, on July 19, 2017 in Lausanne. – Last month European football’s governing body UEFA banned Milan from the Europa League for the coming season. (Photo by Fabrice COFFRINI / AFP) (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Apatah lagi pada musim yang sama, Milan berbelanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain seperti Leonardo Bonucci, Hakan Calhanoglu dan Andre Silva.

Malah perkhabaran dari Itali turut menyebut Milan berusaha untuk menjual pemain yang merupakan aset berharga kepada pasukan itu seperti pemain pertahanan, Bonucci dan juga penjaga gol, Gianluigi Donnarumma.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN