AC Milan 0 Juventus 2: Higuain ‘Miss’ Penalti Dan Kad Merah

Juventus bangkit daripada kekalahan mereka di tangan Man. United sebelum ini dengan kemenangan berharga ke atas AC Milan di San Siro.

Lantas, Juventus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di Serie A musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas AC Milan di San Siro.

Perlawanan di antara AC Milan dan Juventus ini jelas sekali dikuasai oleh Juventus. Mereka menjadi pasukan yang lebih banyak mencipta peluang gol. AC Milan cuba menyerap tekanan di garisan rendah dan cuba melancarkans serangan balas.

Mario Mandzukic memberikan pasukan pelawat pendahuluan pada separuh masa pertama. Mandzukic menanduk masuk bola hantaran Alex Sandro.

Sebelum tamat separuh masa pertama – AC Milan berpeluang menyamakan kedudukan. Pengadil menerusi bantuan VAR mendapati Mehdi Benatia telah menyentuh bola menggunakan tangannya.

Gonzalo Higuain mengambil sepakan tersebut, beliau kelihatan bersungguh-sungguh mahu menjaringkan gol Juventus. Namun sayangnya usaha beliau dinafikan oleh Wojciech Szczęsny.

Bersambung babak kedua – Juventus terus menguasai perlawanan. AC Milan berjaya bertahan dengan baik. Tetapi skuad Gennaro Gattuso itu kurang kreativiti di barisan serangan.

Pada minit ke-82, giliran Cristiano Ronaldo pula menambah 1 lagi gol untuk Juventus. Ianya gol ke-8 beliau dalam Serie A musim ini.

Itu adalah gol ke-8 Cristiano Ronaldo setakat ini di dalam Serie A.

Malang berganda menimpa Gonzalo Higuain yang dilayangkan kad kuning disusuli dengan kad merah langsung (straight red). Segalanya bermula apabila Higuain melakukan cabaran fizikal yang malas (lazy challenge) ke atas Benatia.

Higuain dilayangkan kad kuning. Namun beliau memberikan reaksi marah yang melampau dan pengadil melayangkan kad merah. Higuain hilang kawalan dan bertindak agresif sebelum meninggalkan padang.

Higuain cuba ditenangkan oleh rakan-rakannya termasuk pemain Juventus.

Kemenangan ini meletakkan Juventus kekal di tangga teratas liga dengan 6 mata di atas Napoli (2) dan 13 mata daripada AC Milan yang berada di tangga ke-5.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN