Abu Bakar Fadzim Yakin Thanabalan Mampu Bangkit Bersama Perak II

Jurulatih pasukan Perak II, Abu Bakar Fadzim masih yakin akan kemampuan N.Thanabalan, dan percaya pemain itu masih mampu menyinar jika diberikan peluang secukupnya untuk beraksi.

Dua tahun lalu, Thanabalan diangkat selaku wira, terutama di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, apabila sering tampil dengan jaringan-jaringan penting untuk pasukan negara.

Untuk musim Liga Premier yang turut akan membuka tirai tidak lama lagi, Abu Bakar merancang untuk menjadikan Thanabalan selaku penyerang utama pasukan itu.

Namun itu tidak bermakna pemain berusia 25 tahun itu perlu mengambil mudah dan menganggap tempat dirinya dalam pasukan sudah terjamin.

Thanabalan

“Saya mahu melihat beliau muncul sebagai antara penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan,” kata Abu Bakar kepada Bernama.

“Dengan usianya, beliau belum terlambat untuk kembali ke puncak prestasi sebelum ini, dan kerana pengalaman dimiliki, ruang terbuka luas untuk beliau berada dalam kesebelasan utama pasukan musim ini.

“Yang penting di mana beliau mahu meletakkan dirinya pada tahun 2020 sejak hilang hampir tiga tahun. Saya sedia bantu dan tunaikan hasratnya untuk dapatkan minit permainan, tetapi saya juga mahu lihat usahanya dalam mendapatkan apa yang diinginkan,” katanya kepada Bernama.

Abu Bakar turut membayangkan Thanabalan akan beraksi di beberapa posisi lain selain sebagai penyerang utama di dalam pasukan Perak II nanti.

“Beliau [Thanabalana] pemain yang berpontensi sebelum ini, tetapi agak sukar dapat tempat di Kedah, jadi bila ada peluang untuk Perak II memperkuatkan jentera serangan dengan kehadirannya, kita mencuba.

“Pasukan mungkin menggunakannya di bahagian sayap, kerana beliau lebih dilihat sebagai ‘supplier’,” jelas Abu Bakar.

Nama N. Thanabalan sering menjadi sebutan kerana penyudahnya terutama melalui tandukan untuk memberikan gol-gol penting yang diperlukan pasukan negara.

Thanabalan menyerlah bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee di Sukan SEA 2017 dan Kejohanan AFC B-23 pada 2018, namun sukar mendapat peluang untuk membuktikan keupayaan bersama pasukan di Liga Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN