Abu Bakar Fadzim Tidak Sabar Dengan Tugasan Berbeza Musim Hadapan

abu bakar fadzim pknp fc

Pengendali PKNP FC yang kini dikenali sebagai Perak II selepas menjadi ‘feeder club’ untuk Perak, Abu Bakar Fadzim sudah bersedia dengan cabaran baharunya bersama pemain muda.

Cabaran yang berbeza kerana kali ini, pengendali berusia 48 tahun itu bakal membentuk pemain muda untuk memecah masuk ke skuad utama berbanding mengejar promosi ke Liga Super.

Ia boleh dianggap ‘nyawa baharu’ buat Abu Bakar Fadzim selepas melihat skuad kendaliannya tersingkir ke Liga Premier 2020 apabila menduduki kedudukan ke-11 Liga Super 2019 dengan 16 mata.

PKNP FC bergelut pada musim lalu dengan hanya memenangi tiga perlawanan daripada 22 perlawanan dan boleh dikatakan ia adalah musim terburuk mereka sepanjang dibawah kendaliannya.

Dengan Perubahan status PKNP FC sebagai pasukan simpanan skuad Liga Super Perak, kini, menurutnya tugasnya adalah untuk mempersiapkan pemain-pemain muda untuk skuad utama.

“Saya tidak sabar dengan cabaran baharu ini. Ia adalah cabaran yang amat berbeza buat saya kali ini, kerana saya bekerja untuk menambah pilihan kepada skuad utama [Perak],” ujarnya.

“Jadi, saya perlu memastikan pemain-pemain saya bersedia untuk bermain di Liga Super. Mereka harus bermain dan berfikir untuk memecah masuk ke skuad utama,” memetik katanya di The Star.

Pengendali yang pernah melatih Perak untuk 11 tahun itu turut menyatakan yang beliau akan cuba memenuhi standard yang ditetapkan oleh Mehmed Durakovic serta saling membantu antara satu sama lain bermula pada musim 2020 nanti.

“Mehmed [Durakovic] sudah tidak sabar untuk bekerja bersama kami. Beliau adalah seorang yang percaya untuk menyerapkan dinamik kepada setiap pemain, jadi saya akan cuba mencapai standard tersebut. Sebagai jurulatih, kami akan saling membantu.

“Saya telah melatih Perak selama 15 tahun – 11 tahun bersama Perak dan 4 tahun bersama PKNP FC. Kini saya akan meneruskan perjalanan ini bersama pasukan ‘feeder club’,” jelasnya lagi.

“Buat masa ini, kami hanya mengekalkan Khairul Asyraf Sahizah dan Ahmad Sukri Abdul Hamid daripada PKNP FC. Dengan hanya berbaki 12 hari menuju ke hujung tahun, kami akan mencari pemain untuk meningkatkan kemampuan pasukan,” tambahnya.

Abu Bakar Fadzim turut memaklumkan skuadnya bakal dibarisi oleh majoriti pemain-pemain berusia bawah 21 tahun, daripada skuad Piala Presiden Perak serta ditambahn dengan pemain berpengalaman seperti Khairul Asyraf dan Sukri Hamid.

Kredit Foto:  PKNP FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN