Abu Bakar Fadzim Tak Mahu Anak Buah Leka Pada Pertemuan Bertemu Kedah

Abu Bakar

Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) bakal melayani kunjungan Kedah di Stadium Batu Kawan petang ini pada perlawanan ketiga saingan unifi Liga Super Malaysia 2018.

Dua pasukan yang mengalami kekalahan pada perlawanan kedua tempohari cuba mengintai peluang untuk memungut tiga mata penuh pada aksi yang akan bermula jam 4.45 petang ini.

Bagi pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, beliau percaya Kedah yang tewas pada dua perlawanan ketika bertemu JDT dan Perak pasti akan bertandang ke Stadium Batu Kawan dengan keazaman yang tinggi untuk mencipta kemenangan.

Ritus Krjauklis

Sehubungan dengan itu, Abu Bakar mahu anak buahnya terutama gandingan pemain pertahanan import dari Latvia dan Bulgaria, Ritus Krjauklis dan Luben Nikolov untuk memainkan peranan penting dalam mematahkan ancaman serangan yang bakal dilancarkan Kedah.

‘’Dua pemain import yang beraksi di posisi pertahanan iaitu Ritus Krjauklis dan Luben Nikolov diharapkan dapat mematahkan serangan dan ‘set-piece’ yang diilhamkan bahagian serangan Kedah memandangkan duo pemain ini mempunyai kelebihan dari segi fizikal.’’

‘’Pemain-pemain import juga saya harapkan agar dapat meningkatkan kualiti mereka untuk berdepan Kedah. Sebuah pasukan pilihan yang hadir dengan keazaman untuk meraih kemenangan.’’

Luben Nikolov

‘’Bagi saya, semua pemain Kedah mempunyai kebolehan yang tinggi dan saya mengharapkan para pemain saya dapat mengelakkan dari melakukan kesilapan pada minit-minit akhir.’’

Dalam pada itu, jurulatih berusia 46 tahun tersebut mahukan anak buahnya untuk kekal fokus bagi mendapatkan mata berharga disamping untuk mengelakkan dari menerima kekalahan kedua berturut-turut.

‘’Para pemain perlu terus fokus dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap perlawanan sekiranya mereka berhajat untuk mencuri mata ketika bertemu salah sebuah pasukan pilihan dalam Liga Super musim ini.’’

Dalam perkembangan lain, Abu Bakar mengesahkan bahawa pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017, Shahrel Fikri Md Fauzi yang sebelum ini mengalami kecederaan sudah sudah menyertai sesi latihan sejak beberapa hari yang lalu.

Foto: PKNP FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN