Abu Bakar Fadzim Mahu Anak Buahnya Serap Ancaman Hebat Dari JDT

Pertembungan ‘dua darjat’ bakal dapat disaksikan malam ini apabila pendatang baru unifi Liga Super Malaysia 2018, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) akan berkunjung ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin bagi bertemu juara Liga Super empat tahun berturut-turut, Johor Darul Takzim (JDT).

Kedua-dua pasukan memulakan saingan liga dengan langkah kanan apabila menundukkan lawan masing-masing pada Sabtu lalu.

PKNP FC  berjaya mengenepikan cabaran Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Batu Kawan manakala JDT menewaskan Kedah 2-1 sekaligus menjulang Piala Sumbangsih 2018.

Bagi pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, beliau jelas mengakui tugas berat yang akan dihadapi anak buahnya pada perlawanan malam ini.

PKNP FC
Kelibat Keo Sokpheng pasti ditagih PKNP FC malam ini. Foto: PKNP FC

”Rekod juga telah membuktikan pencapaian hebat dikecapi JDT sejak kebelakangan ini, jadi para pemain saya perlu bersedia untuk menerima sebarang ancaman dari bahagian serangan mereka yang diketuai oleh Luciano Figueroa.”

‘’Jentera pertahanan terutamanya perlu bekerja keras dalam menyerap asakan JDT yang masih segar dengan kemenangan Piala Sumbangsih bertemu Kedah tempohari. Seperti semua tahu, mereka cukup kuat ketika beraksi di tempat sendiri.’’

”Mereka (JDT) adalah sebuah pasukan yang sempurna dengan mempunyai keseimbangan di setiap posisi. Realitinya PKNP FC sebagai pasukan ‘underdog’ pada malam ini akan turun dengan semangat membara bagi mencuba sehabis baik untuk mengelakkan dari menerima kekalahan.’’

Dua pemain import PKNP FC, Franklin Clovis Anzite dan Keo Sokpheng menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada perlawanan pertama bertemu Negeri Sembilan dan aksi yang dipamerkan telah mendapat pujian ramai.

Keo Sokpheng pula kelihatan begitu rajin serta memiliki larian deras yang dijangka mampu untuk mengkucar-kacirkan pasukan JDT malam ini.

Bagi JDT pula, kehadiran La’Vere Corbin-Ong jelas menambah sengat pasukan yang sudah terbukti kualiti yang dimiliki mereka dalam saingan liga tanah air.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN