Abu Bakar Fadzim Gesa Giancarlo Lopes Baiki Sentuhan Jaringannya

“Ini yang perlu saya gesa kepadanya (Giancarlo Lopes). Sebagai pemain import, perlunya konsistensi, walaupun dalam perlawanan ini, dia bermain berhabis-habisan,” tegas pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim mengenai kemarau gol penyerang utamanya.

Giancarlo telah meledak 5 gol dalam saingan Liga Super – 4 daripadanya bersama PKNP FC, namun dalam 4 aksi liga selepas itu, kelihatan penyerang tinggi lampai yang berasal daripada Brazil itu semakin kehilangan sentuhan jaringannya.

Begitupun, PKNP FC pastinya lega apabila mampu merekodkan keputusan seri 2-2 menentang Terengganu FC dan menariknya dua kali mereka telah memaksa lawan untuk bangkit mengejar.

Gol PKNP FC telah dijaringkan oleh pertahanan Amani Aguinaldo dan juga pemain tengah, Thomas Abbey. Mereka juga berpeluang menjaringkan beberapa lagi gol menerusi percubaan kapten, Hafiz Ramdan namun ianya gagal menewaskan Suffian Abd Rahman.

“Dia berjaya memberikan tekanan kepada pertahanan Terengganu cuma dapat lihat sentuhan penyudahnya dalam 3, 4 perlawanan dia kemarau jaringan jadi, ini yang perlu saya gesa kepadanya.

“Bagi saya, semuanya berbalik kepada sentuhan penyudah. Kita mempunyai banyak peluang tadi tetapi mungkin bukan rezeki kita. Sekurang-kurangnya kita dapat satu mata,” ujar Abu Bakar.

PKNP FC, Giancarlo
FOTO: PKNP FC

Kali terakhir Giancarlo menjaringkan gol adalah ketika merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC di halaman lawan dan dalam perlawanan tersebut, dia menyumbang kedua-dua gol. Kini, sudah 6 perlawanan dalam semua pertandingan, Giancarlo buntu.

PKNP FC tidak berada dalam kedudukan selamat dalam saingan Liga Super ketika ini apabila berada di kedudukan ke-10, dua mata di hadapan dua pasukan tercorot, Kuala Lumpur dan Felda United yang telah meraih 8 mata dalam 12 perlawanan.

Walaupun tampak kurang berjaya di saingan liga, PKNP FC ketika ini masih bersaing di peringkat suku akhir Shopee Piala FA 2019 dan masih berpeluang mara ke separuh akhir apabila terikat tanpa jaringan dalam pusingan pertama menentang Perak tempohari.

“Ia perlawanan hidup mati untuk layak ke separuh akhir dan penentunya di Stadium Ipoh. Bagi saya pemain akan guna pentas suku akhir ini untuk bermain sebaik mungkin,” jelas Abu Bakar mengenai cabaran berdepan Perak Sabtu depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN