Abramovich Tolak Tawaran Konsortium Timur Tengah Beli Chelsea

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilaporkan telah menolak satu tawaran dari sebuah konsortium dari Timur Tengah untuk membeli kelab tersebut.

Abramovich yang sering kelihatan berada di tempat dudup VIP di Stamford Bridge, tetapi kini sukar berbuat demikian setelah mempunyai masalah Visa dengan kerajaan UK.

Isu tersebut menimbulkan spekulasi beliau mungkin mahu menjual kelab Liga Perdana Inggeris tersebut, tetapi laporan dari The Telegraph mengesahkan jutawan Rusia itu telah menolak bidaan dari Timur Tengah.

Menurut laporan tersebut, jutawan minyak berusia 52 tahun itu tidak mempunyai sebarang niat untuk melepaskan Chelsea.

Tetapi menurut The Telegraph melalui sumber yang rapat dengan Abramovich, beliau mahukan tawaran sekitar £3 billion untuk memulakan sebarang perbincangan.

Sebelum tawaran dari konsortium Timur Tengah tersebut, individu terkaya di Britain, Sir Jim Ratcliffe turut pernah dikaitkan dengan Chelsea, sebelum beliau mengambil alih Lille pada musim panas lalu.

Beberapa konsortium dari Amerika Syarikat dan Asia turut menunjukkan minat untuk mendapatkan kelab London itu.

Minggu lalu bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson mendedahkan beliau bertanggungjawab untuk Abramovich memilih Chelsea dan bukan Tottenham Hotspur 16 tahun lalu.

Bercakap kepada The Times, Eriksen berkata Abramovich memberikan pertanyaan kepada beliau.

“Saya bertanya kembali: “Apa yang anda mahu lakukan?” Beliau menjawab, beliau mahu menang.

“Saya berkata: “Maka belilah Chelsea. Anda harus menukar separuh dari pasukan itu. Tottenham anda harus menukar keseluruhan pasukan.”

Di bawah kendalian Frank Lampard, The Blues kini berada di kedudukan ke-4 Liga Perana Inggeris, lapan mata ketinggalan di belakang pendahulu, Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN