ABK19: Kemesraan B. Sathianathan Tambat Hati Media

Keperibadian jurulatih Selangor, B. Sathianathan yang disenangi dan mesra dengan wartawan telah berjaya menambat hati pengamal media.

Beliau merupakan jurulatih yang sentiasa mesra dengan wartawan dalam sidang media dan temu ramah walaupun sedang sibuk di pusat latihan.

Maka tidak hairanlah, B. Sathianathan berjaya memenangi Anugerah Mesra Media.

B. Sathianathan turut dicalonkan dalam kategori jurulatih terbaik. Beliau menjadi finalis 3 teratas. Namun tuah tidak menyebelahi jurualtih yang paling banyak memenangi anugerah tersebut – ini apabila kali ini, rakannya Dollah Salleh berjaya memenanginya.

Dollah Salleh berjaya menewaskan Sathianathan dan Aidil Sharin untuk perebutan jurulatih terbaik ABK19.

B. Sathianathan sudah disahkan akan terus kekal bersama Selangor pada musim hadapan.

Ini selepas beliau membantu Selangor menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga. Selain itu, B. Sathianathan turut berjaya membantu Selangor mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2019.

Tahniah kepada coach B. Sathianathan daripada kami di sini, SemuanyaBOLA. Semoga terus sukses dan mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Selangor.

Di samping terus dengan perwatakan mesra dengan media.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN