ABK19: Dollah Salleh Tewaskan Sathianathan Dan Aidil Sharin Dengan Dramatik

Dollah Salleh

Dollah Salleh berjaya mengatasi calon yang beliau sebelum ini anggap sebagai pilihan untuk menang.

Ini apabila Dollah Salleh sendiri mengakui Aidil Sharin sebagai calon pilihan untuk menang pada kali ini.

Ini kerana menurut coach Dollah Salleh, Aidil berjaya membawa Kedah mara ke dua final domestik dan membawa pulang 1 Piala FA pada musim pertama beliau bersama Kedah.

Seorang lagi pencabar Dollah Salleh iaitu B. Sathianathan berjaya membantu Selangor menamatkan kempen Liga Super di tangga ketiga. Dan kemudiannya membawa Selangor ke separuh akhir Piala Malaysia.

Dollah Salleh berjaya membimbing pasukan Pahang mara ke separuh akhir Piala FA musim 2019 serta menamatkan saingan liga di tangga kedua.

Dollah kali terakhir memenangi anugerah ini, sebelum ini tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenanginya.

Beberapa minit selepas Aidil Sharin memenangi Anugerah Jurulatih pilihan peminat, Dollah Salleh diumum Jurulatih Terbaik ABK19.

Ia mengukuhkan lagi nama Dollah Salleh sebagai salah seorang jurulatih terbaik di Malaysia pada era beliau.

Tahniah kepada Dollah Salleh di atas kemenangan anda. Semoga terus sukses hendaknya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN