ABK19: Akhyar Rashid Bawa Pulang Trofi Pemain Muda Harapan

Bintang muda JDT, Akhyar Rashid membawa pulang trofi Pemain Muda Harapan – Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 (ABK19).

Anugerah yang pernah dimenangi oleh rakan sepasukannya, Safawi Rasid sebelum ini.

Akhyar Rashid melebarkan kariernya ke JDT pada musim 2019. Beliau juga menjadi pemain kebangsaan Malaysia selepas menikmati karier yang hebat di peringkat belia.

Di JDT, Akhyar Rashid berjaya membantu pasukan itu menamatkan saingan liga selaku juara. Melengkapkan rekod kejuaraan keenam berturut-turut di dalam sejarah.

Selain itu, Akhyar turut menikmati kejayaan Piala Malaysia dan trofi Sumbangsih ketika di Harimau Selatan.

Akhyar Rashid adalah pemain yang memiliki kepantasan dan kelicikan permainannya. Maka tidak hairanlah beliau menjadi perpindahan panas pada musim 2019.

Sebelum diumumkan sebagai Pemain Muda Terbaik 2019, Akhyar Rashid turut menempatkan dirinya dalam senarai kesebelasan pilihan peminat.

Ini merupakan anugerah khas hasil daripada undian peminat Liga Malaysia.

Akhyar menyertai bintang Liga Super yang lain termasuk Ifwat Akmal, Rizal Ghazali, Shakir Hamzah, Renan Alves, Corbin Ong, Baddrol Bakhtiar, Brendan Gan, Lee Tuck, Safawi Rasid dan juga Diogo Santo.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemacu kepada karier Akhyar ke peringkat lebih tinggi selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN