Perlawanan kedua terakhir bagi minggu ke-4 saingan Selangor Champions League semalam menyaksikan Puchong Fuerza FC mudah menjinakkan AZS FC 4-1 dengan pemain import mereka Abdurazzaq Alkanouni cemerlang menyumbat 1 gol dan membuat 3 bantuan gol.
Setelah gagal untuk meraih sebarang mata pada minggu lalu, sudah pasti Puchong Fuerza kali ini turun dengan misi 3 mata penuh manakala Kajang AZS pula masih lagi segar dengan kemenangan 3-1 menentang Level Up juga ingin meneruskan rentak cemerlang mereka.
Sebaik sahaja wisel perlawanan dibunyikan, Kajang AZS terlebih dahulu melancarkan serangan ke atas kubu lawan.
Seawal minit ke-3 perlawanan, Kajang AZS mendapat peluang keemasan pertama mereka namun tandukan Irzwandi Ismail sedikit tersasar.
Puchong Fuerza juga tidak ketinggalan untuk melakukan serangan dalam usaha mencari jaringan pembukaan dan peluang mereka hadir pada minit ke-20 perlawanan namun percubaan tersebut berjaya diselamatkan penjaga gol Kajang AZS iaitu Khairil Asyraf Roslan.
Akhirnya Puchong Fuerza terlebih dahulu membuka jaringan melalui pemain berjersi no 10 mereka, Muhammad Nazrin Zulgafli yang mudah menolak masuk lorongan rakan sepasukan beliau iaitu Abdurazzaq Alkanouni pada minit ke-26 perlawanan.
Tersentak dengan gol tersebut, Kajang AZS cuba bangkit mengatur serangan bagi mencari jaringan penyamaan namun gagal menyudahkan peluang tersedia apabila sepakan percuma yang diberikan sekadar melewati palang gol Puchong Fuerza.
Pada minit-minit akhir babak pertama perlawanan, sekali lagi Puchong Fuerza mendapat peluang untuk menggandakan kedudukan apabila Nor Arisam Arifuddin berjaya melepaskan satu sepakan deras di luar kotak namun kali ini kecermelangan Khairil Asyraf menafikan peluang tersebut.
Masuk babak kedua, Puchong Fuerza semakin agresif menyerang kubu pertahanan pasukan Kajang AZS manakala Kajang AZS dilihat sedikit defensif dan sesekali mencari peluang untuk melakukan serangan balas.
Pada minit ke-38, satu lagi peluang keemasan berjaya diperolehi Puchong Fuerza namun sepakan gunting Abdurazzaq sedikit tersasar.
Abdurazzaq sekali mengetuk pintu gol Kajang AZS kali ini melalui percubaan jarak jauh dan sekali lagi diselamatkan oleh Khairil Asyraf.
Namun kecemerlangan Khairil tidak tahan lama apabila Puchong Fuerza berjaya menggandakan jurang gol kali ini melalui pemain import mereka Aboubakr Abushawitah pada minit ke-53 perlawanan.
Sekali lagi gol ini terhasil daripada larian deras Abdurazzaq yang berjaya menewaskan barisan pertahanan Kajang AZS yang selepas itu melakukan satu cutback memberikan bola kepada Aboubakr untuk gol kedua mereka.
Selang 6 minit selepas gol kedua mereka, sekali lagi Puchong Fuerza berjaya menambah jurang jaringan juga melalui Aboubakr Abushawitah yang menjadikan kedudukan semasa 3-1.
Aksi cemerlang Abdurazzaq pada malam semalam dilengkapi dengan jaringan beliau pada minit ke-69 perlawanan selepas sekali lagi beliau mempamerkan kebijaksanaannya untuk menewaskan pemain pertahanan Kajang AZS untuk gol ke-4 Puchong Fuerza.
Perlawanan tamat dengan keputusan 4-1 berpihak kepada Puchong Fuerza.
Pada perlawanan seterusnya, Puchong Fuerza bakal bertemu dengan pasukan daripada Kajang iaitu Kajang Southern FC manakala pasukan Kajang AZS bakal menentang pasukan Ampang ATY Serayan dan sudah pasti ianya bakal mensajikan aksi yang menarik.
Statistik perlawanan