Abdul Jalil Rasheed Antara 9 Individu Berkebolehan Tampil Bantu FAM

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Bhd, Abdul Jalil Rasheed diumumkan sebagai salah seorang daripada sembilan individu untuk menganggotai Pasukan Petugas Khas Presiden oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pada hari ini.

Pasukan ini bertujuan memberi peluang kepada individu-individu yang bukan dari persatuan bola sepak negeri untuk menyumbang idea membantu Presiden FAM merencanakan hala tuju badan induk itu.

Idea mewujudkan pasukan petugas khas kepada presiden itu bukan perkara baharu memandangkan ia telah cadangan dan usul tersebut telah diluluskan oleh mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 13 Mac 2021 lalu.

Turut berada di dalam senarai ialah Tengku Salehuddin Shah Alhaj Tengku Sulaiman Shah Alhaj, Datuk Ruzaini Idris, Khairul Kamarudin, Dr. Mohd Bahrin Othman, Muhammad Tarmizi Abdul Aziz, Ooi Kin Fai, dan Dr. Wirdati Mohd Radzi.

Semua mereka terdiri daripada kalangan peneraju korporat, syarikat berkaitan kerajaan, pengamal undang-undang, ahli akademik, penyokong bola sepak, media serta kerabat diraja.

Penubuhan pasukan ini melambangkan kesediaan FAM mengambil kira pendapat dari semua lapisan peminat, penyokong dan masyarakat ke arah memajukan lagi bola sepak.

Jumlah ahli yang menganggotai pasukan petugas khas ini tidak tetap dan boleh ditambah atau dikurangkan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan budi bicara Presiden.

Kehadiran individu seperti Abdul Jalil Rasheed dan lain-lain di dalam FAM diharap dapat memperkasakan lagi landskap bola sepak negara secara menyeluruh.

Abdul Jalil misalnya bukan individu asing di dalam dunia koporat. Beliau adalah individu pertama bukan dari keluarga ‘Tan’ yang dilantik sebagai CEO Kumpulan Berjaya.

Selain pengalaman pelaburan, Abdul Jalil juga mempunyai pengalaman selama beberapa tahun bekerja bersama syarikat besar dan Lembaga Pengarah dalam bidang tadbir urus korporat serta memupuk kecemerlangan dan keberkesanan operasi.

Abdul Jalil Rasheed adalah anak kelahiran Raub, Pahang dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perakaunan dan Kewangan (Kepujian) dari London School of Economics & Political Science (LSE), United Kingdom.

Jalil mula bekerja pada tahun 2003 sebagai pelatih graduan di Aberdeen Standard Investments dan kemudian dilantik sebagai Pengurus Pelaburan dan seterusnya Ketua Ekuiti sebelum menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Aberdeen Islamic Asset Management pada tahun 2010.

Selepas meninggalkan Aberdeen, Abdul Jalil Rasheed kemudiannya menyertai syarikat Invesco sebagai Ketua Pegawai Eksekutif operasi Asia Selatan pada tahun 2013, iaitu jawatan terakhirnya sebelum bersetuju untuk pulang ke Malaysia untuk memimpin PNB.

 

 

Baca artikel lain mengenai FAM melalui pautan:

Senarai Perbuatan FAM & MFL Yang Boleh Buat Penyokong Muak

Protes Dalam Bola Sepak: Pendirian FIFA Sudah Berubah, Kenapa Kita Tidak?

ZamSaham ‘Serang’, FAM ‘Counter’ Dengan Rakaman Temu Bual

 

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN