Abdelhak Nouri Disahkan Alami Kerosakan Otak Kekal

Ajax mengesahkan pemain tengah berusia 20 tahun, Abdelhak Nouri telah mengalami kerosakan otak kekal selepas rebah secara tiba-tiba dalam satu perlawanan persahabatan pada Sabtu lalu.

Pemain kelahiran Amsterdam ini rebah pada minit ke-72 perlawanan ketika menentang wakil dari Jerman, Werder Bremen.

(Photo by VI Images via Getty Images)

Perlawanan persahabatan yang merupakan sebahagian daripada persiapan pra musim itu, berlangsung di Lendenstadion di Hippach, Austria.

Pegawai medik berkejar ke tengah padang untuk memberikan bantuan kecemasan kepada Nouri selepas pemain itu kelihatan sukar untuk bernafas sebelum rebah di atas padang.

Rawatan CPR turut dilakukan oleh prgawai medik terhadap Nouri dalam usaha menyelamatkan nyawanya sebelum beliau diterbangkan ke hospital di Innsbruck dengan sebuah helikopter.

https://twitter.com/AFCAjax_EN/status/885454524495867904

Sejak dari itu, laporan menyatakan Nouri deitempatkan di unit kawalan rapi (ICU) sebelum rawatan susulan menunjukkan otak Nouri tidak berfungsi disebabkan kekurangan oksigen.

Pegawai Eksekutif Ajax, Edwin Van Der Sar berkata:

“Ini adalah kemungkinan terburuk yang telah berlaku. Ia adalah sukar sekali. Kami turut merasa saat sukar ini bersama dengan ibu-bapa, adik beradik dan saudara mara Nouri yang lain,”

“Bagi Ajax, ini adalah perkhabaran yang mengejutkan kami semua. Namun kami harus menerimanya. Beberapa hari ini adalah sangat sukar sekali. Ramai individu turut tampil memberikan kata-kata semangat dan simpati.”

“Kami amat menghargai ucapan dan sokongan daripada mereka,” ujar Van Der Sar.

“Abdelhak adalah bakat muda yang sangat berpotensi. Malangnya kita tidak akan mengetahui sejauh mana potensi yang beliau mampu capai.

(Photo by VI Images via Getty Images

Abdelhak Nouri adalah salah seorang prospek muda berbakat yang dilahirkan oleh akademi Ajax.

Musim lalu, Nouri dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan pasukan Jong Ajax (pasukan kedua Ajax) yang beraksi di Liga Jupiler.

Abdelhak Nouri juga adalah salah seorang pemain yang berada di dalam skuad Ajax ketika perlawanan akhir UEFA Europa League menentang Manchester United pada Mei lalu.

(Photo by VI Images via Getty Images)

Bagaimanapun, Nouri tidak beraksi dalam perlawanan akhir tersebut. Laporan turut menyebut bahawa adalah satu keajaiban untuk melihat Nouri pulih seperti sedia kala dengan keadaan semasa beliau sekarang.

Abdelhak Nouri akan diterbangkan ke Amsterdam, Belanda untuk menerima rawatan lanjut.

Kerosakan kekal ini akan membuatkan pemain ini berisiko untuk tidak boleh bercakap, makan, berjalan ataupun mengenali orang di sekililing beliau.

Takziah daripada kami di semuanyaBOLA. Nouri anda seorang yang kuat untuk terus bertarung nyawa dan anda sudah berjaya melakukannya.

Sumber:

1. BBC Sports (2017): Abdelhak Nouri: Ajax player suffers brain damage after collapse;
http://www.bbc.com/sport/football/40595416

2. Eurosport (2017): Ajax midfielder Abdelhak Nouri suffers severe brain damage;
http://www.eurosport.com/football/ajax-midfielder-abdelhak-nouri-suffers-severe-brain-damage_sto6252000/story.shtml

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN