Abang Charly Musonda Yakin Chelsea Tak Tahu Pun Jika Akademi Mereka Ada Messi & Ronaldo

Charly Musonda telah memuat naik status panas beliau mengkritik pengurusan Chelsea dalam menguruskan pemain-pemain akademi mereka.

Beberapa musim kebelakangan ini, Chelsea mendapat perhatian dunia termasuk pernah ditegur oleh FA England sendiri kerana polisi pemain muda mereka.

Chelsea secara purata meminjamkan sehingga 18 pemain muda mereka ke kelab lain dalam beberapa musim kebelakangan ini musim.

Laporan statistik terkini, musim ini seramai 34 pemain muda mereka dipinjamkan ke kelab lain termasuk Tammy Abraham di Swansea, Ruben Loftus Cheek di Palace dan Kurt Zouma di Stoke.

Pemain seperti Christensen berjaya merasai beberapa aksi dengan pasukan utama musim ini selepas 2 musim dipinjamkan ke Mochengladbach.

Ada beberapa pemain muda berbakat mereka tidak mampu untuk menunjukkan kemampuan dengan kelab mereka sendiri dan akhirnya pergi ataupun memilih untuk bermain dengan kelab lain.

Antaranya, Romelu Lukaku, Bertrand Traore, Nathan Ake, Dominic Solanke, Ryan Bertrand dan ramai lagi. Mereka berjaya menjadi pemain penting dalam arena bola sepak di Eropah.

Terbaru, pemain muda mereka berusia 20 tahun telah menggunakan laman instagram, mengkritik cara Chelsea melayan pemain-pemain muda mereka. Charly

Charly Musonda sebelum ini dipinjamkan ke Real Betis. Namun beliau gagal untuk memenangi tempat di dalam pasukan Chelsea pada musim ini.

Beliau menulis di instagram:

“Anda berkorban, bekerja keras, memberikan lebih daripada yang anda jangkakan, dan kerapkali lebih daripada kemampuan anda, sebab anda suka perkara yang anda lakukan lebih daripada sepatutnya.”

“Dan, apa pulangan yang anda dapat? Boleh dikatakan tiada….selesai. Walaubagaimanapun, selepas apa yang saya katakan ini, saya akan terus memberikan dedikasi dan komitmen kepada permainan hebat ini.”

Pada awalnya, pemain ini membuka ruangan komen dan abangnya masuk memberikan komen:

“Namapknya, ia seperti dah mula mereka tidak tahu pun kalau akademi mereka menghasilkan Messi atau Ronaldo. SMH (geleng kepala).”

Ramai wartawan berpendapat status tersebut ditujukan secara peribadi kepada Antonio Conte. Namun Musonda dilaporkan menafikannya. Beliau menulis secara umum dan menujukannya kepada kelab.

Musonda memuat naik video yang menunjukkan skil menimang bola beliau di instagram untuk membuktikan yang beliau layak bermain dalam pasukan utama.

https://www.youtube.com/watch?v=TDpQND8TykE

Menurut Matej Delac, pemain yang sudah dipinjamkan kepada 10 kelab berbeza sejak menyertai Chelsea pada 2010, pemain-pemain ini ada kumpulan Whatsapp mereka sendiri.

“Betul! Kami pemain yang dipinjamkan akan dimasukkan dalam kumpulan whatsapp khas di mana kami akan berkongsi informasi termasuk pemain terbaik dalam perlawanan, siapa pemain yang bagus, dan berapa minit kami bermain.”

Laporan Evening Standard memberitahu, Chelsea akan mengambil tindakan kepada Charly Musonda kerana kesalahan mengkritik kelab menggunakan media sosial.

Chelsea juga meminta Musonda lebih fokus untuk ‘bercakap’ dengan aksi di padang bukannya di luar padang seperti mana yang dilakukan oleh Christensen.

Musonda cemerlang dalam debut beliau untuk Chelsea dalam Piala Carabao dengan menjaringkan gol menentang Nottingham Forest.

Beliau mendapat pujian daripada Antonio Conte. Namun pengendali Itali itu tetap tidak menghadiahkan Musonda dengan perlawanan EPL selepas itu.

Sumber

1. Evening Standard – https://www.standard.co.uk/sport/football/charly-musonda-faces-punishment-after-hitting-out-at-chelsea-over-lack-of-firstteam-chances-a3654851.html

2. Mirror- http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/chelsea-tell-charly-musonda-prove-11320411

3. Talking Baws – http://www.talkingbaws.com/2017/10/charly-musondas-brother-says-chelsea-wouldnt-know-messi-ronaldo-academy/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN