Abai Notis Akhir, Melaka United Hutang Pemain RM2.3 Juta

Bekas pemain Melaka United terus mengalami nasib malang apabila mantan majikan mereka, Melaka United mengambil pendekatan lepas tangan selepas isu tunggakan gaji terus menjadi tanda tanya.

Terbaharu, mengikut laporan Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), tunggakan gaji yang bermula daripada Julai 2022 sehingga Disember 2022 telah mencecah RM 2.3 juta dan ini adalah satu angka yang begitu besar.

Enam bulan tanpa gaji adalah mimpi ngeri bagi pemain dan ini telah menyukarkan kehidupan seharian termasuk perlu berhadapan dengan bank hampir setiap hari.

Menurut PFAM, pada 4 November 2022 sepatutnya pemain akan menerima bayaran sebulan gaji terlebih dahulu namun ia sepi tanpa berita sekali gus memberi tekanan kepada mereka yang terlibat.

Disebabkan perkara ini, laporan penuh telah dihantar ke FAM bagi tujuan perbicaraan Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan.

Diharapkan FAM dapat mengambil tindakan tegas kepada pengurusan pasukan yang terlibat kerana ia melibatkan gaji pemain yang sepatutnya mereka terima.

Disebabkan isu ini, Melaka United telah berpecah dan pasukan baharu Melaka akan bermain di Liga M3 biarpun mendapatkan pertikaian dari beberapa pihak kerana menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) Amateur Football League (AFL), Raimi Fakri, ia melibatkan dua pasukan yang berbeza.

Melaka United sebelum ini terselamat beberapa kali biarpun mengalami masalah tunggakan gaji berulang kali ketika bermain di Liga Super.

Namun kemuncaknya adalah tahun lepas selepas Malaysian Footbal League (MFL) dan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab (AB) telah menolak permohonan lesen untuk beraksi di Liga Super musim 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN