Manchester United telah mengesahkan bek kanan England B-21, Aaron Wan-Bissaka dari Crystal Palace dengan nilai £50 juta.
Pemain berusia 21 tahun itu yang tampil untuk skuad utama Palace tahun lalu dilaporkan telah bersetuju dan menandatangani kontrak selama lima tahun. Beliau akan menerima bayaran £80,000 seminggu.
Manchester United have signed defender Aaron Wan-Bissaka from Crystal Palace in a £50m deal https://t.co/YazzbCxMqw #MUFC pic.twitter.com/VrPGPVy9u7
— BBC Sport (@BBCSport) June 28, 2019
Sumber daripada BBC berkata melalui perjanjian tersebut, United akan membayar pendahuluan berjumlah £45 juta, menjadikan pemain tersebut sebagai pemain ke-5 termahal selepas Paul Pogba, Romelu Lukaku, Angel di Maria dan Fred.
Wan-Bissaka juga merupakan pemain kedua yang dibawa masuk oleh Ole Gunnar Solskjaer pada musim panas ini selepas sebelum ini membawa masuk bintang Wales berusia 21 tahun, Daniel James dengan tanda harga £15 juta
BREAKING: Man Utd complete signing of Crystal Palace right-back Aaron Wan-Bissaka in £50m deal (45+5 in appearance-based add-ons). 5y contract with option for 6. Delayed by final negotiations that ended with #CPFC securing a 10% sell-on clause if #MUFC sell AWB for more than £50m
— David Ornstein (@bbcsport_david) June 28, 2019
Perpindahan Wan-Bissaka sebenarnya tertangguh selepas Crystal Palace bertegas mahukan bahagian sekiranya pemain itu dijual pada masa hadapan. The Eagles akhirnya berjaya memaksa Manchester United memasukkan klausa 10% milik mereka, sekiranya pemain itu dijual di atas nilai £50 juta pada masa hadapan.
Bagaimanapun, pembelian Aaron Wan-Bissaka belum diumumkan secara rasmi oleh Manchester United – dan dijangka berbuat demikian ketika awal dagangan saham di Amerika Syarikat pada minggu ini.