Pemain pertahanan antarabanga England B-21, Aaron Wan-Bissaka bakal bergelar pemain kedua yang dibawa masuk di era Ole Gunnar Solskjaer selepas ketibaan Daniel James.
Wan-Bissaka dijadualkan menjalani ujian kesihatan bersama Manchester United pada minggu ini untuk melengkapkan perpindahan bernilai £55 juta pada minggu ini.
Sumber daripada Goal mendedahkan bek kanan itu akan tiba di Pusat Latihan Carrington sejurus sahaja tamat tugasan bersama England di kejohanan Euro B-21 di Itali. Skuad kendalian The Three Lions sudah pun tersingkir daripada kejohanan tersebut.
Wan-Bissaka set for Man Utd medical ahead of £55m move ?
By @krisvoakeshttps://t.co/dPXHNiocLP
— Goal News (@GoalNews) June 24, 2019
Wan-Bissaka adalah sasaran utama Solskjaer dan Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini, dalam usaha pengurus Norway itu meniupkan nafas baharu cabaran kepada cabaran United selepas musim yang mengecewakan.
[#MUFC Target] Aaron Wan-Bissaka (21)
Stats 2018/19Defending PER 90 MIN
Tackles 3.85
Interceptions 2.47
Aerial Duels Won 1.26Creating PER 90 MIN
Pass Accuracy (%) 73.05
Expected Goals Assisted 0.07
Assists 0.09Scoring PER 90 MIN
Shots 0.26
Expected Goals 0.01
Goals 0[FW] pic.twitter.com/t7REMAc38f
— United Daily Updates (@UnitedDailyUpd) June 20, 2019
Pemain berusia 21 tahun itu mencuri tumpuan Manchester United dengan kebijaksanaan beliau membantu serangan, dan keupayaan membaca permainan ketika melakukan tugasan bertahan sepanjang tempoh bersama Crystal Palace pada musim lalu – di mana beliau melakukan 46 penampilan dalam semua pertandingan.