Aaron Ramsey Nekad Tinggalkan Arsenal Secara Percuma

Aaron Ramsey berkata dirinya nekad untuk meninggalkan Arsenal secara percuma pada akhir musim ini.

Arsenal mungkin mahu menjual pemain ini pada Januari hadapan, namun Ramsey berkata beliau bertekad untuk menghabiskan sisa baki kontrak beliau di Emirates.

Kontrak pemain tengah Wales itu di Emirates akan tamat pada musim panas akan datang, dan Ramsey dikatakan telah melalui beberapa peringkat perbincangan bersama Arsenal sejak beberapa bulan yang lalu.

(Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Namun demikian, melalui pendedahan yang pada mulanya didedahkan oleh Daily Mirror melaporkan perbincangan di antara Ramsey dan Arsenal telah menemui jalan buntu.

Tiada jalan penyelesaian dari kedua-dua kem setakat ini, dan pemain berusia 27 tahun itu dilihat bakal meninggalkan The Gunners selepas selesai musim ini.

Ia sebenarnya perkembangan yang mengejutkan dari Arsenal, mengambil kira Ramsey adalah pemain penting skuad itu sejak tiba dari Cardiff pada 2008.

“Segala-galanya berjalan lancar di kelab ini. Kami menjangkakan persetujuan boleh dicapai, namun ia tidak lagi sebegitu sekarang.

(Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

“Jadi sekarang saya hanya mahu memberikan fokus kepada bola sepak dan memberikan aksi terbaik untuk Arsenal. Perkara lain, ianya terpulang kepada kelab,” ujar beliau seperti yang dilaporkan melalui Goal.

“Adakah saya kecewa? Itu adalah keputusan yang kelab telah putuskan, dan dalam bola sepak perkara sebegini berlaku. Anda hanya boleh melihat ke hadapan, dan teruskan beraksi sebaik mungkin,” tambah Ramsey lagi.

Pemain antarabangsa Wales itu telah tampil dalam 335 perlawanan untuk The Gunners, menjaringkan 58 gol, dan membantu kelab London itu menjuarai tiga kejuaraan Piala FA.

Ramsey turut dinamakan pemain terbaik tahunan pada musim 2017/18 pada musim terakhir Arsene Wenger mengendalikan Arsenal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN