Aaron Niguez Mahu Memenangi Seberapa Banyak Piala Bersama JDT

Bulan lepas, Juara Liga Super selama lima musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengesahkan abang kepada bintang Sepanyol, Saul Niguez iaitu Aaron Niguez sebagai pemain import terbaru pasukan itu untuk menghadapi Liga Malaysia pada musim 2019.

Aaron Niguez sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa kelab serata eropah seperti Real Oviedo, Tenerife, Braga, Elche, Almeria, Recreativo de Huelva dan Celta de Vigo.

Malah, beliau juga mempunyai pengalaman beraksi untuk skuad B-20 dan B-21 Sepanyol dan mempunyai keupayaan beraksi di pelbagai posisi seperti penyerang, sayap kanan dan juga sayap kiri.

Ini kali pertama beliau bermain di Asia dan JDT merupakan platform untuk mencipta nama di pentas tertinggi Asia melalui kejohanan AFC Champions League. Oleh itu, beliau begitu teruja berada dalam kelab yang pernah menjuarai Piala AFC pada tahun 2015.

“Saya berasa teruja berada disebuah kelab yang hebat disini dan sangat bermotivasi untuk menjulang pelbagai trofi bersama kelab untuk musim baharu nanti. Saya sudah mula menjalani latihan bersama rakan pasukan yang lain untuk mendapatkan keserasian.

“Segala-galanya berjalan dengan lancar dan sudah pasti saya akan memberikan yang terbaik buat pasukan untuk mencapai apa yang telah ditetapkan oleh ‘Boss’ (DYAM Tunku Mahkota Johor),” katanya dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi JOHOR Southern Tiger (JST).

Mahu bantu JDT mencapai pelbagai kejayaan

Sebaik sahaja menjejak kaki di Johor Bahru, pemain yang berusia 29 tahun itu mula memasang impian untuk membantu JDT meraih banyak piala dalam saingan Liga Malaysia.

“Misi utama saya disini adalah mahu meraih kejayaan di Kejohanan Liga Juara-Juara Liga AFC dan mahu memenangi seberapa banyak Piala Di Malaysia untuk dihadiahkan kepada ‘Boss’ dan penyokong setia Harimau Selatan,” jelasnya.

Ketibaan Niguez di dalam pasukan bimbingan Benjamin Mora ini pasti memberikan lebih banyak pilihan kepada variasi serangan pasukan JDT yang turut menjadi wakil tunggal negara bertanding di AFC Champions League (ACL) mulai musim 2019.

Niguez sebelum ini pernah disenaraikan sebagai antara 50 bakat muda paling menyerlah oleh World Soccer Magazine pada 2007. Antara pemain lain yang turut tersenarai pada ketika itu adalah Karim Benzema, Angel di Maria, Juan Mata, Gareth Bale, Sergio Aguero dan juga Alexandre Pato.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN