Aaron Niguez Luah Penghargaan, Keinginan Tetap Mahu Tampil Potensi

Malam tadi pengurus pasukan, Luciano Figueroa mengumumkan JDT terpaksa melepaskan pemain import dari Sepanyol, Aaron Niguez. Tidak berapa lama selepas itu, jaura Liga Super Malaysia itu mengumumkan telah menandatangani Leandro Velasquez sebagai pengganti.

Aaron Niguez boleh dikatakan pemain yang sudah menambat hati ramai penyokong JDT dengan kualiti permainan yang beliau tunjukkan dalam aksi Piala Sumbangsih 2019.

Beliau merupakan penjaring pertama JDT musim ini dalam perlawanan kompetitif. Aaron Niguez adalah juga pemain yang sangat rajin serta memiliki kualiti teknikal yang memukau.

Selamat tinggal

Melalui satu muat naik di laman Instagram peribadi, Niguez akhirnya bersuara buat pertama kali selepas dilepaskan oleh JDT pada malam tadi.

“Saya mahu berterima kasih kepada mereka yang terus memberikan sokongan pada ketika ini. Ia adalah satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga JDT.

“Keinginan saya masih kekal, iaitu untuk menunjukkan potensi diri dan berkongsi saat-saat seperti ketika memenangi Piala Sumbangsih 2019.

“Terima kasih kepada semua penyokong kerana sokongan anda. Anda semua amat unik.

“Terima kasih kepada boss, DYAM Tengku Mahkota Johor kerana memberikan saya peluang ini.

“Selamat maju jaya untuk musim ini,” ujar Niguez dalam muat naik tersebut.

Pemain produk akademi bola sepak Valencia itu merupakan saudara kandung kepada bintang Atletico Madrid dan pemain kebangsaan Sepanyol, Saul Niguez.

Aaron Niguez sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa kelab serata eropah seperti Real Oviedo, Tenerife, Braga, Elche, Almeria, Recreativo de Huelva dan Celta de Vigo. Tidak dapat dipastikan ke manakah hala tuju pemain ini selepas ini, namun eropah nyata bukan pilihan buat masa ini kerana jendela perpindahan di benua tersebut telah ditutup pada penghujung Januari lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN