Pemain Huddersfield Town yang berasal dari Australia, Aaron Mooy dikejutkan dengan pemberian wang 5 pound sterling kepadanya. Tambah mengejutkan, wang itu diberikan daripada oleh seorang penyokong muda.
Wang itu diberi oleh peminat bernama Adam Bhana. Adam berusia 9 tahun!
Wang ditemui di stadium
£5 itu sebenarnya bukanlah dimiliki Adam. Tetapi, sebenarnya wang itu ditemui oleh Adam semasa menonton perlawanan ketika Huddersfield menentang Manchester United.
Manchester United tewas pada perlawanan tersebut. Tambah menarik, itu kemenangan pertama Huddersfield ke atas Red Devils sejak 1952.
Wang itu dikirimkan bersama surat bertulisan tangan yang berbunyi “Aaron Mooy boleh menyimpan wang tersebut kerana beliau bermain dengan baik. Malah, beliau juga menjaringkan gol.”
Dikatakan wang bersama surat itu telah diberikan kepada pengurus David Wagner.
Tular
Pure class from young Adam pic.twitter.com/KVSpfJlZrm
— Sean Jarvis (@SeanMJarvis) October 24, 2017
Pegawai Huddersfield, Sean Jarvis memuatnaik surat tersebut ke laman twitter miliknya. Malah, Aaron Mooy mengumumkan hasrat untuk bertemu Adam Bhana itu.
Mo Bhana, bapa Adam memberitahu BBC bahawa mereka sudah bertanya kepada penonton lain milik siapakah wang tercicir itu. Si bapa mengingatkan bahawa mereka tidak boleh mengambil hak orang lain.
Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk menulis surat dan serahkan kepada pengurusan kelab. Tindakan sebegini amatlah dipuji dan dihargai kerana mendekatkan penyokong muda dengan pemain.
Bukan apa, dikhabarkan kelab-kelab kecil di England sedang menghadapi masalah dari sambutan penyokong muda. Mereka lebih tertarik menyokong kelab gergasi yang bukan berada di lingkungan tempat mereka tinggal.
Bukan kelab yang berdekatan di tempat mereka!