“A Proper Club Legend”- Penjaga Gol Senior Negeri Sembilan Umum Persaraan

Penjaga gol berpengalaman Negeri Sembilan, Kaharuddin Abdul Rahman secara rasminya bersara daripada dunia bola sepak profesional selepas ia diumumkan sendiri melalui media pasukan tersebut.

Nama Kahar bukan lagi suatu yang asing dalam dunia bola sepak Malaysia, selepas beliau telah pun mencipta pelbagai kejayaan bersama Negeri Sembilan di peringkat domestik.

Selama 15 tahun beliau mewakili skuad Hoben Jang Hoben, Kahar telah pun memberi suatu sumbangan cukup besar dalam sukan bola sepak buat negeri tersebut dan menjadi antara paling diingati para penyokong tempatan.

Musim lalu beliau beraksi dalam saingan Liga M3 bersama SAINS FC dan pada usia 32 tahun, ketangkasan Kahar masih lagi dipuji sehingga membawa pasukan itu berada di tangga kelima daripada 13 kelab bertanding.

Sepanjang karier Kahar dalam dunia bola sepak profesional, beliau telah pun meraih dua trofi Piala Malaysia, satu Piala FA, satu kejuaraan Liga Premier, serta sekali Piala Sumbangsih secara keseluruhan.

“Beliau memulakan langkah pertama dalam kerjayanya pada usia yang begitu muda. Perlawanan pertama beliau bersama pasukan senior ialah perlawanan Liga Super 2009 diantara Negeri Sembilan menentang UPB – MyTeam.

“Sejak itu, nama beliau sinonim dengan ketangkasan, ketabahan dan semangat juang sebagai seorang penjaga gol,” jelas kenyataan tersebut.

Pada masa sama, Kahar juga tidak terlepas daripada isu kecederaan sebelum kembali bangkit dengan cemerlang untuk terus berjuang bersama Negeri Sembilan selaku penjaga gol.

Kahar mengakui detik terbaik sepanjang karier beliau ketika meraih kejuaraan bersama Negeri Sembilan dan mempunyai perancangan untuk menjadi Jurulatih Penjaga Gol pada masa hadapan.

“Impian saya ingin menjadi Jurulatih Penjaga Gol bagi pasukan Negeri Sembilan suatu hari nanti. Saya telah memberi sumbangan sebagai pemain, tiba masanya saya mencurahkan kembali segala ilmu dan pengalaman yang saya miliki kepada generasi baharu bola sepak Negeri Sembilan. Doakan saya berjaya.

“Pesanan saya buat pemain muda, bermainlah dengan sepenuh hati. Tanamkan keikhlasan, kejujuran dan jagalah nama baik pasukan,” kata Kahar pula.

Pada masa sama, Faliq Firdaus selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan turut memberi penghargaan kepada Kahar dengan menyifatkan beliau sebagai legenda pasukan.

“Kekal setia bersama Negeri Sembilan selama 15 tahun adalah satu penghormatan. Hidup dan mati kerjaya bola sepak profesional beliau adalah bersama Negeri Sembilan. Terima kasih untuk 15 tahun yang gemilang. A proper club legend. Selamat bersara, Kahar,” ujar Faliq.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN