Ighalo Pastikan Manchester United Mudah Mara Ke Suku Akhir Piala FA

Pemain yang dipinjamkan dari Shanghai Shenhua, Odion Ighalo menegaskan: “Saya tidak peduli apa orang lain nak cakap.”

Itulah kata-kata pemain itu yang enggan peduli pandangan semua pihak mengenai perpindahan luar jangka dirinya ke Old Trafford -selepas dua gol jaringannya memastikan kemaraan Manchester United ke suku akhir Piala FA pada awal pagi tadi.

Tiba pada jendela perpindahan Januari lalu, pemain antarabangsa Nigeria ini membuktikan perpindahan beliau ke England mendapat pandangan sinis daripada beberapa pihak.

Namun setakat ini, setiap penampilan dan kelibat Ighalo di dalam jersi United hanya membuktikan langkah United mendapatkannya sebagai satu urusniaga yang berbaloi dan bijak dari kelab tersebut.

Kemenangan ini sekaligus turut memastikan pertemuan menentang Norwich City di peringkat suku akhir pada bulan hadapan – sekali gus memberikan harapan untuk United menjuarai sekurang-kurangnya satu trofi pada musim ini.

Penyerang berusia 30 tahun ini kini telah menjaringkan tiga gol hanya dari dua penampilan dari kesebelasan utama dan membayangi ‘reunion’ Wayne Rooney bersama bekas kelabnya itu di Pride Park.

“Asalkan rakan sepasukan saya terus mempercayai saya, pengurus mempercayai saya dan penyokong turut mempercayai saya, maka saya akan terus lakukan apa yang saya sedang lakukan,” kata Ighalo selepas tamat perlawanan

Nama Rooney dilaung-laungkan oleh ribuan penyokong pasukan pelawat sebagai penghormatan kepada bekas kapten dan legenda kelab.

Dan bekas kapten United itu yang kini memimpin The Rams hampir menjaringkan gol melalui dua sepakan percuma bermutu tinggi. Salah satu daripadanya memaksa Sergio Romero memperagakan aksi tangkas untuk menepis keluar bola.

Namun dari saat percubaan dari Luke Shaw yang terbias sebelum menerjah jaring berjaya meletakkan pasukannya di hadapan, ianya semakin jelas bahawa laluan Manchester United melangkah ke suku akhir itu semakin terang.

United pernah muncul juara sebanyak 12 kali dalam pertandingan ini. Hanya Arsenal yang memiliki lebih banyak kejuaraan Piala FA berbanding United dengann 13 kejuaraan.

Derby County pula telah beraksi sehingga pusingan kelima sebanyak enam kali sejak 1999, dan gagal melayakkan diri ke suku akhir setiap kali berjaya mara sejauh ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN